Bahan
Tiga Dimensi
Keperluan
Visual | Bahan 2D | Bahan 3D | Media
Dlm P&P | Papan Pengajaran | Projektor | Transperasi
Bahan
3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai
bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan
ini.
Kelebihan Bahan 3D
Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara
lain termasuklah :
• Realia
• Model
• Diorama
• Akuarium dan terrarium
• Boneka
• ‘Mobile'
• Topeng
Realia
Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis seperti berikut:
(a) Realia Asli
Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing
tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan
hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.
|
|
|
(b) Realia Awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam
bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.
|
|
(c) Spesimen
Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan
hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya
terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen
didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu
Daun dan udang.
Selain itu, bahan-bahan
hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan
sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.
|
|
|
|
Model
Model
adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada
bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.
Beberapa pecahan jenis
model:
(a) Model
Berskala
Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih
kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.
Contohnya keretapi dan kapal terbang.
|
|
|
(b) Model
Olok-olok
Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa
bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja
pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini
dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran
tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.
Contoh: model enjin keretapi dan neraca.
|
|
(c) Model Keratan
Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu
bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian
dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas
dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia
|
|
Diorama
Diorama
adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat
menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan
diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan
atau keadaan semasa zaman silam.
Guru boleh
menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti
matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.
Diorama boleh dihasilkan
dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan
bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan
buangan lain
|
|
Akuarium dan
Terrarium
Akuarium
ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah
tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.
Akuarium
boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang
plastik. Ikan
tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut
Terrarium
Terrarium
boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung,
kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak
kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.
|
|
|
Boneka atau
Patung
Boneka boleh digunakan
sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama
untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh
dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah;
(a) Boneka sarung Tangan
(b) Boneka Lidi
(c) BonekaKulit
(d) Wayang Kulit
(e) Boneka Bertali
Boneka Sarung
Tangan
Sarung
tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan
gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
|
|
Boneka Lidi
Boneka
ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi
panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu
yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama
dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka
tersebut.
|
|
Wayang Kulit
Rupa
bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong
keluar. Lidi-lidi
halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa
memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu
dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi
digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.
Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP
sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.
|
|
Boneka Bertali
Boneka
Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras
seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus
disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat
anggota-anggota boneka tersebut bergerak.
|
|
Topeng
Topeng
boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng
amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa
atau Pendidikan Moral.
|
|
|
|
|
|
Latihan
|
|
|