PENGKELASAN DAN PENGKATALOGAN
(ORGANISASI MAKLUMAT)
800603-01-5996
2 KPLI Matematik (Ambilan Ogos 2002)
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,
____________________________________________________________________________________
Kertas ini meninjau tentang sistem pengkelasan dan
pengkatalogan yang lazim digunakan di kebanyakan perpustakaan termasuklah
perpustakaan di sekolah-sekolah di
Objektif kertas ini adalah seperti berikut:
·
Meninjau sejauh manakah kepentingan pengkelasan dan
pengkatalogan di Pusat Sumber Sekolah termasuklah di
·
Menjelaskankan
jenis-jenis katalog serta kad katalog yang biasa digunakan di Pusat Sumber
Sekolah dalam membantu pengguna mencari sumber maklumat yang diperlukan
·
Membincangkan
kaedah pengkatalogan buku dan bukan buku berdasarkan Skema Pengkelasan
Perpuluhan Dewey (DDC) yang biasa digunakan di sekolah-sekolah
·
Menerangkan
kepentingan pengautomasian pusat sumber serta halatujunya kepada PSS dalam
melahirkan struktur rangkaian maklumat tanpa sempadan
Pepustakaan adalah suatu tempat yang mengandungi
koleksi bahan-bahan pustaka yang disusun secara teratur untuk memudahkan
penggunaannya Perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan telah bertambah
dengan pantas seiring dengan perkembangan teknologi. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan dari segi
saiz dan kerumitan operasi perpustakaan. Lantaran itu
kebanyakan pengurus perpustakaan memerlukan sistem yang efektif untuk
mendapatkan maklumat tambahan. Pengurusan yang berkesan adalah dari
maklumat yang baik, dalam ertikata pengurusan sebagai fungsi interpretasi
maklumat untuk membuat keputusan
Pada tanggapan umum, perpustakaan merupakan sebuah bilik di mana di
dalamnya terdapat buku-buku grafik, bahan-bahan bukan buku seperti majalah,
akhbar, filem, carta dan lain-lain. Bahan-bahan yang
dibicarakan tadi boleh ditinjau dari sudut ekstrinsik dan intrinsiknya. Kualiti ekstrinsik merupakan bentuk saiz, jilidan, warna,
pengarang, judul tarikh terbitan dan lain-lain. Kualiti
intrinsik pula dapat kita lihat pada isi kandungan bahan itu.
Walau
bagaimanapun, kedua-duanya
berkaitan antara satu dengan yang lain. Kedua-duanya sama pada bentuk, saiz, warna dan juga isi kandungan yang
tersirat. Berdasar pada kesamaran inilah pustakawan menyusun
dan mengkelaskan bahan-bahan untuk kegunaan yang maksima. Sebagaimana
telah termetri dalam peraturan menggunakan bahan-bahan di bidang sains
perpustakaan:
a)
Buku untuk digunakan
b)
Bahan-bahan itu adalah untuk semua
c)
Jangan membuang masa pengguna dengan mencari bahan-bahan
d)
Perpustakaan merupakan sebuah organisasi yang kian berkembang
Agar
peraturan menggunakan alat perpustakaan tersebut dapat dijalankan dengan
sebegitu baik, satu sistem yang teratur dan sistematik perlulah diamalkan. Maka dari sinilah dapat
dilihat peri pentingnya pengkelasan dan pengkatalogan serta pengautomasian di
pusat-pusat sumber termasuklah di sekolah-sekolah di
.
Definisi pengkelasan dan pengkatalogan
ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kepesatan penyebaran maklumat pada
masa kini. Hal ini kerana banyak pertubuhan pesendirian
mahupun syarikat percetakan berlumba-lumba untuk mengeluarkan hasil kerja
tangan mereka berkenaan pengkelasan dan pengkatalogan yang dibukukan untuk
panduan dan rujukan orang ramai terutamanya staf-staf yang bertugas untuk
mengendalikan Pusat Sumber. Walaubagaimanapun, secara umumnya ia mempunyai tujuan yang hampir sama dalam mencapai objektif
untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para penggunanya.
Secara lebih terperincinya, pengkelasan boleh
dinyatakan sebagai cara-cara untuk mengelompokkan bahan pustaka, menurut
susunan tertentu secara teratur berdasarkan kepada perkara dan atau bentuk
bahan pustaka. Dalam hubungan ini,pengeklasan boleh diertikan sebagai menyusun buku dan bukan
buku di dalam perpustakaan sumber mengikut suatu sistem pengkelasan tertentu.
Sistem pengkelasan yang digunakan ialah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey
(Dewey Decimal Classification).
Manakala
pengkatalogan boleh didefinisikan sebagai proses menyediakan satu rekod atau
senarai yang mengandungi keterangan bibliografi seperti nama
pengarang, judul, nombor pengkelasan dan sebagainya mengenai semua buku dan
bahan lain yang dimilikinya dan rekod/ senarai yang dihasilkan dari proses
katalog mengkatalog ini dinamakan katalog.
Bagaimanapun
fokus kertas ini hanya kepada jenis-jenis katalog mengikut format kad, kertas,
mesin (mikrofis) dan juga komputer (OPAC), jenis-jenis kad katalog iaitu kad
katalog pengarang, judul dan perkara, pengkatalogan buku dan bukan buku, Skema
Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) serta pengautomasian pusat sumber.
APAKAH TUJUAN UTAMA PENGKELASAN DAN
PENGKATALOGAN?
Tujuan utama mengkelas dan mengkatalogkan buku-buku di
perpustakaan ialah untuk membolehkan pengguna-pengguna mencari dan menggunakan
buku-buku itu dengan mudah. Pentingnya tujuan ini mungkin tidak begitu ketara jika bilangan
buku itu amat kecil, kerana dengan meninjau-ninjau rak buku, seseorang pengguna
barangkali dapat menentukan ada atau tidak buku yang diperlukannya
diperpustakaan itu. Namun apabila bilangan buku bertambah banyak, cara mencari buku dengan meninjau-ninjau rak bukan sahaja
lambat bahkan menyusahkan pengguna. Maka, mengorganisasikan
buku- buku di perpustakaan melalui pengkelasan dan pengkatalogan adalah amat
penting bagi memberikan perkhidmatan cekap kepada penggunanya.
APAKAH TUJUAN PENGKELASAN?
Pengkelasan membolehkan
buku-buku yang sama/ berkaitan dari segi isi dikumpul
dan diletakkan berdekatan antara satu sama lain. Misalnya menurut Sistem
Pengkelasan Perpuluhan Dewey, semua buku mengenai Sejarah Asia Tenggara akan
diberi nombor pengkelasan 950, dan semua buku mengenai Sejarah Malaysia akan
diberi nombor pengkelasan 959.5. Selain itu, dengan adanya
pengkelasan, perpustakaan dapat menentukan dengan jelasnya tempat sesuatu bahan
pustaka dan jika perpustakaan mempunyai katalog yang disusun menurut kelas
bererti dapat juga ditentukan berapa banyak koleksi perpustakaan dalam sesuatu
kelas tertentu.
APAKAH TUJUAN PENGKATALOGAN?
Tujuan utama
mengkatalog ialah agar akses kepada koleksi perpustakaan dapat dilakukan dengan
cara yang mudah dan cepat. Hal ini kerana, dengan
mengindeks kandungan koleksi perpustakaan dalam bentuk senarai atau dalam
kad-kad yang disusun secra sistematik, perpustakaan akan
mempunyai rekod dari koleksi yang ada di dalamnya. Dengan adanya rekod ini,
dapat diketahui apa saja koleksi perpustakaan di mana bahan-bahan diletakkan
dan dengan mudah
dapat diambil kembali bila diperlukan.
APAKAH BENTUK-BENTUK KATALOG YANG
DIKENALPASTI?
Dari segi fizikal, katalog itu dapat disediakan dalam
beberapa bentuk. Jenis bentuk itu
termasuklah kad, buku, kertas, mikrofis dan pita komputer. Di antara jenis-jenis katalog ini, bentuk yang lazim digunakan
dikebanyakan perpustakaan termasuklah perpustakaan sekolah di negara ini ialah
katalog kad. Namun di sini bentuk katalog yang akan
dibincangkan adalah katalog berbentuk kad, mikrofis dan komputer sahaja.
a)
Katalog Kad
Ukuran katalog
kad ini adalah 7.7 cm ΄ 12.7 cm (3 ΄ 5) tiap-tiap satunya dengan lubang kecil di bahagian tengah di bawah. Dalam pengkatalogan, kad-kad itu diberi nama
tertentu dan yang biasa disediakan ialah kad pengarang, kad judul dan kad
perkara. Kad-kad ini disusun dan disimpan dalam kabinet
katalog yang berlaci di mana dalam tiap-tiap laci terdapat sebatang besi yang
dimasukkan ke dalam lubang kad supaya kad itu boleh disususn dengan teratur.
Pada bahagian luar laci ditandakan dengan huruf yang
menunjukkan susunan kad-kad itu.
b)
Katalog Mesin
(Mikrofis)
Untuk sistem
katalog mikrofis, maklumat-maklumat buku diperkecilkan dan dicetak pada kad-kad
lutsinar. Maklumat mikrofis
diperbesarkan semasa ditayangkan oleh alat baca mikrofis. Namun,di sini,penggunaan katalog jenis ini jarang digunakan
dikebanyakan perpustakaan sekolah sama ada peringkat rendah mahupun peringkat
sekolah menengah.
c)
Katalog Komputer
(OPAC Katalog Atas Talian)
Katalog merupakan
kunci kepada koleksi perpustakaan, dan menguasai kegunaannya dapat memahami
penggunaan perpustakaan. Sistem katalog
komputer pula menyimpan katalog dalam komputer yang ditulis khas. Pengguna perlu mendaparkan maklumat secara bersemuka dengan papan
kekunci komputer. Sistem komputer mempunyai kebaikan
kerana maklumat tentang status pinjaman buku dapat dipaparkan. Ini
bermakna, jika buku tersebut telah dipinjam oleh pengguna lain, pangkalan data akan memaparkan maklumat bahawa buku tersebut telah
dipinjam. Selain itu, pengguna juga boleh membuat tempahan
untuk meminjam buku melalui sistem katalog komputer ini. Sistem ini banyak digunakan terutamanya di pusat-pusat pengajian
tinggi seperti mana yang digunakan di Universiti Sains
Katalog Atas
Talian memudahkan pengguna dalam usaha mencari maklumat yang dikehendaki dengan
cepat dan mudah. Berbanding dengan
penggunaan kat katalog, proses pencarian katalog atas talian lebih menjimat masa
khususnya pihak pengurusan. Melaluinya rekod statistik pencarian bahan
mengikut jam pada satu-satu terminal, berapa ramai pengguna, jenis carian sama ada carian pengarang, judul atau perkara, dan aktiviti
lain mudah dikesan.
Satu perisian
pengendalian sistem katalog menggunakan komputer di mana sebuah buku dapat
diproses dalam jangka waktu yang singkat. Melalui cara ini, pengguna hanya perlu memasukkan data buku dan klik
butang tertentu. Tujuan penghasilan katalog berformat
komputer ini adalah untuk memudahkan kakitangan Pusat Sumber memproses buku dan
mengendalikan sistem pengkatalogan pusat sumber sekolah dan memudahkan carian
buku dan bahan yang terdapat dalam pusat sumber. Perisian
ini mudah dikendalikan sebab semua arahan diberikan satu persatu dan yang
istimewanya pengguna cuma perlu sedikit pengetahuan dalam bidang pengendalian
komputer.
APAKAH
JENIS-JENIS KAD KATALOG YANG BIASA DIGUNAKAN PSS?
Terdapat
Tajuk bermaksud nama, perkara atau rangkai
kata yang tercatat pada baris teratas sesuatu entri supaya menjadi titik
rujukan dalam katalog perpustakaan. Ini bermakna sesuatu entri akan disusun atau difailkan dalam katalog menurut tajuknya.
Jika tajuk yang tercatat di baris teratas ialah nama
pengarang, entri itu dinamakan entri pengarang dan difailkan menurut nama
pengarang; jika tajuknya ialah judul, maka entri itu dikenali sebagai entri
entri judul dan difailkan menurut judul dan begitulah juga dengan entri
perkara. Di sini, cara menyediakan katalog yang
digunakan adalah berdasarkan peraturan Anglo American Cataloguing Rules (AACR).
APAKAH
FORMAT-FORMAT KETIGA-TIGA KAD INI?
a) Kad Pengarang
b) Kad Judul

c) Kad Perkara

Pengkatalogan buku terdiri daripada
pengkatalogan buku fiksyen dan buku bukan fiksyen.
a) Pengkatalogan buku
Pengkatalogan
buku fiksyen, tiga kad perlu disediakan jika buku tersebut dikarang oleh
seorang pengarang. Kad katalog
perkara tidak diperlukan. Jika fiksyen dikarang oleh
lebih dari seorang pengarang, satu kad pengarang disediakan untuk setiap
pengarang.
Contohnya:

![]() |
Untuk Lima kad katalog perlu disediakan untuk buku
bukan fiksyen yang dikarang oleh seorang pengarang.
Contohnya:

3)
Pengkatalogan Bahan Bukan Buku
Pada umumnya,bahan
bukan buku dapat digolongkan kepada
v Penglihatan (visual) : filem tanpa suara, OHP,slaid, jalurfilem, carta, poster,
gambar, peta, kad kerja,kad imbasan dan sebagainya.
v Pendengaran(Audio) : piring hitam,pita (kaset
dan rel), dan sebagainya.
v Penglihatan-pendengaran
(Audio-visual): filem bersuara,susulan pita-slaid,
susulan pita-jalurfilem, gambar-pita, rakaman video dan sebagainya.
v Kit. Ini merupakan
koleksi media yang tersebut di atas atau jenis media lain
yang disepadukan dan disimpan di dalam satu kotak dengan tujuan untuk digunakan
secara keseluruhan atau secara berasingan.
v Objek3-Dimensi:
glob,model, permainan dan lain-lain.
Jenis-jenis kad katalog yang digunakan untuk bahan
bukan buku adalah serupa dengan untuk buku bukan fiksyen. Untuk membezakan daripada kad katalog buku, kad-kad
yang berwarna digunakan untuk katalog bahan bukan buku.
Maklumat maklumat yang terdapat dalam
kad-kad katalog ditambahkan dengan 4 perkara berikut:
1. Jenis
: jenis bahan dicatat atas no. panggilan
2. Petunjuk media :
jenis bahan yang ditulis dalam kurungan dicatat
selepas judul
bahan
123456789012
1
2
3
4
5
6
7
8
9
SKEMA PERPULUHAN
DEWEY (DDC)
DDC telah mula digunakan semenjak
tahun 1876 yang diusaha dan
diperkenalkan oleh seorang penolong Pustakawan di Kolej
Beliau Menyarankan The Dewey Decimal Classification is the oldestand most widely used
classification system. Edisi sulung terbitan itu mengandungi 42 muka
12 m/s pengenalan
12 m/s jadual yang menyenaraikan 1000
perkara
18 m/s indeks yang menyenaraikan 2600
tajuk indeks
Nombor Kelas Utama
(KU)
SPPD mengandungi tiga ringkasan nombor
Ringkasan 1 (R1)
Ringkasan 2 (R2)
Ringkasan 3 (R3)
Ringkasan 1 mengandungi 10 kelas utama
dari nombor 0 hingga 9 yang merangkumi segala ilmu pengetahuanseluruh dunia
Contoh
R1
0
KARYA AM
1 FALSAFAH
2 AGAMA
3 SAINS
KEMASYARAKATAN
4 BAHASA
5 SAINS
TULEN
6 TEKNOLOGI
7 KESENIAN
8 KESUSATERAAN
9
GEOGRAFI DAN SEJARAH AM
000
100 200 300
400 500 600
700 800 900
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
KARYA AM AGAMA
BAHASA TEKNOLOGI GEOGRAFI
SAINS KESENIAN SEJARAH AM
KEMASYARAKATAN
SAINS TULEN KESUSASTERAAN
300 SAINS KEMASYARAKATAN
Perangkaan/ Statistik
Sains Politik
Ekonomi
Undang-undang
Pentadbiran Awam
Perkhidmatan Sosial
Pendidikan
Perniagaan dan Perhubungan
390
Adat
Resam dan Budaya Rakyat
R1 yang mengandungi
10 kelas umum dan R2 yang mengandungi 100 bahagian diperluaskan hingga ke R3. Dalam R3 setiap
bahagian dipecahkan pula kepada 10 pembahagian kecil berjumlah 1000.
Contoh : 300-309, 310-319, 320-329 seterusnya.
Ciri utama dalam SPPD
ialah susunan hierarki iaitu nombor pengelasan satu perkara dlam kelas umum
dipecahkan kepada nombor pengelasan perkara yang lebih khusus dan seterusnya.
Contohnya:
Menentukan nombor berbentuk hierarki mengenai perkara
TELEVISYEN
600 Teknologi
(R1)
620 Kejuruteraan
(R2)
621 Fizik
Gunaan (R3)
Untuk menentukan nombor atau notasi TELEVISYEN beberapa
pendekatan perlu dititikberatkan dengan penambahan beberapa digit tertentu
selepas 621. Contoh :
.3 kejuruteraan
elektrik
.38 kejuteraan
elektronik dan komunikasi
.388 televisyen
Maka,
nombor yang lengkap untuk TV ialah 621.388.
Konsep Automasi Pusat Sumber:
"One of the
functions of automated library systems is to provide management information to
aid in decision making. The increase in size and complexity of library
operations means that managers need an affective system to supplement
information gained through direct observation. Management
information generated by automated library systems in collection development,
acquisitions and serials, cataloging, the online catalog, and
circulations."
Hawks, Carol Pitts
Sistem Automasi Perpustakaan
"the greatest potential for management
information from automated systems lies in the control and planning of
individual subsystems. Automated subsystems provide the capability for a kind
of analysis of operations never before feasible by an over-worked library
staff."
Jean
TagueProses membuat keputusan adalah sesuatu yang kritikal dalam pengurusan
harian perpustakaan. Namun melalui sistem automasi pengurusan setiap bahagian dalam
perpustakaan seperti bahagian koleksi, perolehan/serials, kataloging,
sirkurlasi dan katalog atas talian (OPAC) dalam memanfaatkan dalam pengurusan.
Menurut Edwin
Cortez, kebanyakan
sistem perpustakaan direkabentuk dengan dua fungsi:
·
"to support
day-to-day library operations" dan,
·
"to provide
managers with useful information to aid in decision making"
Satu aspek penting dalam kebanyakan sistem automasi
perpustakaan ialah kebolehan/kemudahannya mengeluarkan maklumat tentang
bagaimana sistem tersebut digunakan. Automasi membolehkan sejumlah data yang besar dapat
digunakan secara serentak oleh pihak pengurusan. Tujuan
utama penggunaan automasi ialah untuk membantu pihak pengurusan dalam
mengenalpasti dan menempatkan sumber, kemudahan pemilihan dan maklumat-maklumat
yang berterusan.
Oleh itu sistem automasi bukan sahaja berkeupayaan
menguruskan data harian tetapi juga berkeupayaan mengurus dan memberikan
maklumat kepada pihak pengurusan.
Carol Pitts Hawks membahagikan laporan yang
dihasilkan dari sistem automasi perputakaan dalam empat kategori:
·
laporan
statistikal
·
laporan luar
biasa (exception reports)
·
laporan atas
permintaan (on-demand) dan
·
laporan jangkaan (predictive).
Laporan Statistikal:
Dua kelebihan penggunaan automasi untuk penyusunan
statistik ialah peningkatan kebolehpercayaan nombor-nombor (data); dan
kekurangan staf untuk menyusunnya dalam jangkamasa cepat.
Maklumat statistikal melalui automasi adalah lebih
terperinci dan boleh juga dibuat dalam bentuk ringkasan. Ianya bukan saja boleh menjelaskan
data akvitivi peminjaman dan pemulangan bahan, malah boleh mengelaskan
contohnya dalam bentuk jangka masa dan lokasi, jumlah bahan yang diperolehi,
dipinjaman dan dikatalog. Laporan statistikal juga
menyediakan maklumat berdasarkan faktor masa, nisbah dan peratusan, contohnya
peratus peminjaman dalam satu bulan.
Laporan Luar Biasa (Exception
reports)
Laporan luar biasa di dalam sistem automasi merupakan
laporan tentang sesuatu yang diluar dari parameter biasa. Contohnya senarai buku-buku yang tidak atau
tertinggal semasa katalog. Biasanya proses mengkatalog bahan-bahan
berdasarkan jangkamasa yang ditetapkan. Sekiranya proses ini berlalu tanpa
memenuhi jangkasama ini, maka bahan-bahan tersebut akan
kelihatan di dalam laporan luar biasa ini. Bahan-bahan yang gagal dikatalog akan kekal berada di dalam laporan sehingga masalah
pengkatalogan diselesaikan.
Laporan Atas Permintaan (On-Demand
Report)
Ciri biasa dalam laporan atas permintaan ialah
tindakbalasnya atas permintaan tertentu, contohnya berapa banyakkah buku dalam
kelas 200 dalam sirkulasi. Laporan begini merupakan ciri-ciri yang terdapat dalam sistem
perpustakaan bersepadu.
Laporan Jangkaan (Predictive Report)
Laporan ini menyediakan maklumat bagaimana perkembangan perpustakaan
berbanding dengan tahun-tahun terdahulu, apakah bentuk yang akan
muncul, bahagian manakah pertumbuhan yang pesat dan bagaimanakah perhubungan
dengan perpustakaan-perpustakaan dalam kategori yang sama dan sebagainya.
Sebagai contoh, peningkatan pinjaman antara perpustakaan diketahui meningkat 45
peratus, tetapi apakah penyebab kepada peningkatan ini, sama
ada keberkesanan perkhidmatan, yuran yang bersesuaian atau peningkatan dalam
perolehan baru. Dengan laporan ini, maka pihak pengurusan atas dapat membuat
keputusan akan langkah-langkah yang akan diambil.
Walau bagaimanapun, perlu disedari sistem ini tidak membuat sebarang keputusan;
ia hanya menyediakan garispanduan dan data yang pihat
pengurus perlu membuat keputusan.
Kawalan pesanan juga mudah dibuat melalui automasi
contohnya, judul-judul yang tidak diterima dalam jangka masa yang ditetapkan
boleh disenaraikan dan diperiksa oleh kakitangan. Pembatalan atau tuntutan balik dapat dibuat secara
automatik dengan pengeluaran surat-surat rasmi untuknya.
Penggunaan sistem perolehan melalui automasi telah
digunakan meluas dan ianya memudahkan bukan saja pihak pengurusan malah
memudahkan juga pihak vendor dalam pembekalan bahan-bahan ke perpustakaan.
Dalam konteks dunia moden, perpustakaan turut memerlukan bantuan
teknologi moden. Peralatan moden seperti komputer, telekomunikasi, mikrografik
dan sebagainya merupakan keperluan wajib untuk meningkatkan produktiviti
sesebuah perpustakaan. Apabila dunia moden berkait rapat dengan kemajuan teknologi,
maka perpustakaan juga harus seiring dengan kemajuan teknologi moden supaya
tidak ketinggalan zaman.
Oleh
itu, selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang bermaklumat
dan celik ilmu, perpustakaan atau pusat-pusat sumber berperanan penting memikul
tugas memudahkan dan mengautomasikan urusan yang dijalankan bagi memudahkan
pengguna mendapatkan sumber maklumat yang diperlukan. Bersesuaian dengan
satu ungkapan oleh penyair terkenal tanah air yang boleh dijadikan sebagai satu
renungan:
Pustaka
tercinta ini
Pelabuhan
kebudayaan peradaban zaman
Gedung
akal laut bicara
Mutiara
pendeta tasik pujangga
Yang bermaksud bahawa pengguna seharusnya memanfaatkan
segala ilmu yang terdapat di perpustakaan yang tercinta. Pencapaian pemanfaatan pengguna banyak bergantung
kepada keberkesanan sistem pengurusan pusat sumber.
Satu aspek penting dalam kebanyakan sistem automasi
perpustakaan ialah kebolehan/kemudahannya mengeluarkan maklumat tentang
bagaimana sistem tersebut digunakan. Automasi membolehkan sejumlah data yang besar dapat digunakan
secara serentak oleh pihak pengurusan. Tujuan utama
penggunaan automasi ialah untuk membantu pihak pengurusan dalam mengenalpasti
dan menempatkan sumber, kemudahan pemilihan dan maklumat-maklumat yang
berterusan.
Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini,
pelbagai perisian telah dibangunkan untuk kemudahan pelbagai pihak. Dan jika dilihat, kepesatan penghasilan perisian
terutamanya untuk golongan separuh mahir komputer mahupun yang tidak tahu
menggunakan komputer telah dicipta bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Jika diperhatikan, hal ini bukan sahaja dapat memberikan keuntungan kepada
semua pihak iaitu sama ada pembekal perisian dan
pembeli malahan pengguna perkhidmatan turut dapat mengecapinya bersama. Dari segi pencapaian kemajuan dalam bidang teknologi ini, tidak
dinafikan bahawa negara kita turut mampu menyumbangkan idea dan kerahan tenaga
untuk menghasilkan perisian yang digunakan dalam pengautomasian pusat sumber
atau perpustakaan ini.
Diyakini bahawa beberapa tahun akan datang,
sistem pengurusan di pusat sumber-pusat sumber akan dapat dipertingkatkan
dengan adanya bantuan daripada perisian-perisian yang wujud di pasaran. Sebagai contohnya, pelaksanaan penggunaan sistem katalog dalam
talian atau online iaitu OPAC mampu memberikan perkhidmatan yang jauh lebih
baik berbanding perkhidmatan yang dilakukan secara manual. Melalui
perkongsian maklumat
yang disimpan di dalam satu pangkalan data, sebarang pengemaskinian
dan perubahan yang berlaku dapat diketahui bersama bahkan kerja dapat
dipermudahkan kerana masing-masing tidak perlu mengemaskini data atau maklumat
yang disimpan secara berasingan. Dengan ini, diyakini bahawa pengautomasian
sistem di pusat sumber mempunyai masa depan yang baik memandangkan setiap
individu telah sedar akan kepentingannya dalam suatu
sistem yang mementingkan kualiti perkhidmatan yang akan diberikan kepada para
penggunanya.
Poh Swee Hiang (1995), Mokhtar Affandi Amran dan Tajuddin Hassan, Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran 1
SUMBER PERPUSTAKAAN, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Ramli Abdul Samad (1994), Memanfaatkan
Perpustakaan Akademik, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Mat Jizat Abdul (1978), Cara
Mengkelaskan Buku-Buku Perpustakaan, Penerbitan Abbas Bandong, Melaka.
Atma Singh (1993), Katalog
Mengkatalog Untuk Perpustakaan Sekolah Edisi Kedua, Penerbitan Fajar Bakti
Sdn. Bhd,
AB. Rahim Selamat (1982), Perpustakaan sumber sekolah Konsep,
Perancangan, Penyebaran dan Pelaksanaan, Jabatan Pelajaran Johor, Johor.
http://www2.moe.gov.my/~mpti/index.htm