|
|
|
|
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN Sebenarnya terdapat
banyak model reka bentuk pengajaran. Andrews dan Goodson (1980) telah mengkaji
dan menganalisis 40 model reka bentuk pengajaran dan kebanyakan model-model RP
yang digunakan sekarang mempunyai elemen yang sama. Richey (1986) telah
mengkaji pula kajian yang dibuat oleh Andrew dan Goodson dan telah memutuskan
bahawa terdapat enam elemen asas dalam model reka bentuk pengajaran. Enam elemen asas
tersebut ialah:
Model-model RP yang
paling banyak digunakan dan yang mempunyai hampir kesemua elemen RP yang
tersebut di atas adalah:
Gustafson (1981) juga
telah membuat tinjauan tentang model?model reka bentuk pengajaran dan
beliau dapati pada keseluruhannya tiap-tiap model itu hampir?sama. Cuma yang berbeza
ialah dari segi istilah yang digunakan, untuk siapa, bila dan cara model itu
direka bentuk dan digunakan (Briggs, Gustafson dan Tillman, 1991). Gustafson (1991)
telah membahagikan model-model ini kepada tiga tumpuan iaitu model yang berorientasi
bilik darjah, model yang berorientasikan produk dan model yang
berorientasikan sistem . Model RP yang berorientasikan
bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan. Guru hanya memilih
media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan membina media seperti
dalam model yang berorientasikan sistem. Model-model ini tidak berhajat
menjadikan guru sebagai pembina bahan kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan
kepada pengajaran. Guru hanya merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan
menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah. Contoh-contoh model
RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model
ASSURE (1996), model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989). Berikut adalah dua
contoh model berkenaan: 1.Dalam
model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993) terdapat enam langkah: (a) A - Analyse learners
(Analisis pelajar), (b) S - State objectives (Nyatakan objektif), (c)
S -
Select media and materials (Pilih
media dan bahan), (d) U -
Utilise media and materials (Gunakan
media dan bahan), (e) R - Require learner
participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran), (f)
E -
Evaluation/reviem (Penilaian/Semak
semula bahan). 2.Dalam model Dick dan
Reiser (1989 ) terdapat Lapan langkah: (a)
Tentukan matlamat, ( b
) Analisis ciri pelajar, (c)
Tulis objektif, (d)
Pilih/semak buku teks, (e)
Bina ujian, (f)
Bina aktiviti pengajaran, (g)
Pilih media pengajaran, (h)
Laksana pengajaran. Model yang berorientasikan
produk dan sistem melibatkan pembinaan bahan untuk jangka panjang oleh
satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk sesuatu kursus yang besar seperti
kursus yang ditawarkan
oleh pendidikan jarak jauh. Contoh model yang berorientasikan
produk adalah model Van Patten (1989), model Leshin, Pollock dan
Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990). Contoh
model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973),
model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model
Seels dan Glasgow (1990). Berikut adalah contoh
bagi produk dan satu contoh bagi sistem. 1)
Dalam model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth
(1990) terdapat tujuh langkah: a.
Analisis masalah, b.
Analisis domain, c.
Analisis dan susun tugasan, d.
Analisis dan susun isi sokongan pelajaran, e.
Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran, f.
Lakukan reka bentuk mesej interaktif, g.
Nilai pengajaran. 2)
Dalam model jenis sistem Dick dan Carey (1979) terdapat
sembilan langkah: a.
Kenal pasti matlamat pengajaran, b.
Buat analisis pengajaran, c.
Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar, d.
Tulis objektif prestasi, e.
Bina item ujian rujukan kriteria, f.
Bina strategi pengajaran, g.
Bina dan pilih bahan pengajaran, h.
Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif, i.
Semak semula pengajaran. |
|
Send mail to hashimi991@yahoo.com with
questions or comments about this web site. |