Domain Teknologi Pengajaran
Home ] Up ]

 

Domain dalam Teknologi Pengajaran

 Menurut Seels dan Richey(1994), teknologi pengajaran mencakupi lima domain yang menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi pengajaran.

 Lima domain yang dimaksudkan:

  1. Reka bentuk
  2. Pengembangan/Pembinaan
  3. Penggunaan
  4. Pengurusan
  5. Penilaian.

 Mereka definisikan teknologi pengajaran sebagai teori dan amalan reka bentuk, pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan penilaian terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran.

 Teori mengandungi konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan.

 Manakala amalan adalah aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Tiap-tiap domain mengandungi aktiviti berikut:

 Reka bentuk mengandungi reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk mesej, strategi pengajaran dan ciri pelajar.

 Pengembangan/pembinaan mengandungi teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu.

 Penggunaan mengandungi penggunaan media, penyerapan inovasi, pelaksanaan dan institutionaliaasi dan poliai dan peraturan.

 Pengurusan mengandungi pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan sistem penyampaian dan pengurusan maklumat.

 Penilaian mengandungi analiaia masalah, pengukuran rujukan kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.

 

Send mail to hashimi991@yahoo.com with questions or comments about this web site.
Last modified: June 11, 2000     ©LAMan Pandu Utama (LAMPU)