c)
Manakala Akhlak Islamiyah pula menumpukan pembentukan peribadi pelajar
kearah tingkahlaku muslim mukmin melalui pengetahuan dan pemahaman tentang
peraturan dan cara hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah S.W.T.,
diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sekitar.
Nilai-nilai yang
ditentukan dalam akhlak Islamiah sebahagiannya diajar khusus dalam Bidang
Akhlak, dan sebahagiannya lagi disepadukan melalui Bidang-bidang Tilawah
Al-Quran dan 'Ulum Syar 'iyah. Nilai-nilai diperincikan dan diajar secara
sepadu serta dihubungkait antara satu sama lain, dan diulangi dari semasa
ke semasa bagi memupuk sifat-sifat mahmudah secara berterusan di dalam
diri pelajar. Kesemua nilai-nilai atau sifat-sifat mahmudah dalam bidang
ini diajar pada setiap Tingkatan. Walau pun nilai itu sama, namun skop dan
isi pelajarannya adalah berbeza kerana kandungan yang dikemukakan semakin
kompleks dan mendalam.
Ketiga-tiga bidang ini
merupakan kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang diredai
Allah S.W.T. Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan
kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan peringkat dan
keupayaan pelajar sekolah menengah.
Bahan-bahan rujukan
seperti al-Quran, as-Sunnah, Sirah Rasulullah S.A.W. sejarah para Sahabat
R.A., pendapat para sarjana Islam, dan ilmu lain seperti Sains, Matematik,
Geografi dan Sejarah boleh dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan
kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran yang
telah diperolehi pada peringkat sekolah menengah ini dapat diteruskan ke
peringkat yang lebih tinggi.
ATAS
TINGKATAN
1
1.0 Tilawah Al-Quran
1.1
Objektif
Setelah
mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan I, pelajar dapat:
·
membaca ayat-ayat Al-Quran dengan
tartil;
·
menghafaz ayat-ayat tertentu
daripada Surah Al-Baqarah mengikut bacaan tadwir; dan
·
memahami tafsiran, hikmat, dan
pengajaran ayat-ayat Al-Quran serta menghayatinya.
1.2
Isi
a.
Ayat Bacaan: Ayat 1 hingga 286 Surah Al-Baqarah.
b.
Ayat Hafazan: Ayat 1 hingga 5,201, 255, 256, 284, 285 dan 286 Surah Al-
Baqarah.
c.
Ayat Kefahaman: Ayat 1 hingga 5, 34 hingga 37, ayat 83, 155 hingga 156,
168, 201, 219, 255, 256, 282, 284, 285 dan 286 Surah Al-Baqarah.
2.0
Ulum Syar 'iyah
2.1
Aqidah
2.1.1
Objektif
Setelah
mempelajari aqidah Tingkatan I pelajar dapat:
a.
memahami konsep aqidah;
b.
mempertingkat dan memantapkan aqidah Islamiah;
c.
memahami rukun-rukun iman yang menjadi asas aqidah Islamiah; dan
d.
menyakini serta menghayati rukun-rukun iman.
2.1.2
Isi
a.
Konsep aqidah
b.
Asas-Asas aqidah Islamiah
c.
Aqidah berteraskan rukun iman, dan
d.
Dalil aqli tentang kewujudan Allah berdasarkan dalil naqli dan alam
syahadah.
2.2
Ibadat
2.2.1
Objektif
Setelah
mempelajari ibadat Tingkatan I, pelajar dapat:
a.
memahami konsep dan cara-cara bersuci mengikut hukum syarak serta
mengamalkannya dengan sempurna;
b.
memahami kepentingan solat fardu, solat sunat serta dapat mengamalkannya
dengan sempurna; dan
c.
memahami kewajipan puasa serta dapat mengamalkannya dengan sempurna.
2.2.2
Isi:
a.
Bersuci:
i)
Konsep bersuci dan maananya.
ii)
Bersuci daripada najis, cara dan hikmatnya.
iii)
Intinjak.
iv)
Wuduk dan hikmatnya
v)
Tayammum dan kaifiat serta hikmatnya, dan
vii)
Sertu dan samak serta cara-cara melakukannya.
b.
Kesan bersuci dalam kehidupan individu dan masyarakat.
c.
Solat:
i)
Solat fardu kewajipan dan hikmatnya.
ii)
Solat berjamaah dan kepentingannya.
iii)
Solat sunat rawatib dan sunat tahiyyatul masjid cara-cara mengamalkan dan
kepentingannya.
d.
Puasa:
i)
Puasa, kewajipan dan hikmatnya
ii)
Jenis puasa.
2.3
Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam
2.3.1
Objektif:
Setelah
mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan I, pelajar dapat:
a.
memahami konsep sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam;
b.
memahami dan meneladani Sirah Rasulullah S.A.W. dalam menegakkan agama
Allah S.W.T. di Makkah Al- Mukarramah;
c.
mengenali tokoh-tokoh yang terkemuka dan berjasa pada zaman awal Islam,
menghargai dan mencontohi perjuangan; dan
d.
sumbangan tokoh-tokoh berkenaan dalam tamadun Islam.
2.3.2.
Isi:
a.
Konsep keimanan kepada Rasul.
b.
Perjuangan Nabi Muhammada S.A.W. di Makkah Al- Mukarramah dalam menegakkan
aqidah Islamiah.
c.
Semangat dan perjuangan tokoh-tokoh berikut dalam menegakkan perjuangan
Islam di Mekah:
i)
Khadijah binti Khuwailid r.a.
ii)
Abu Bakar As-Siddiq r.a.
iii)
Sumaiyah r.a.
iv)
Bilal bin Rabah r.a.
3.0
Akhlak Islamiah
3.1
Objektif
Setelah
mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:
a.
menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan
As-Sunnah;
b.
menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan
syariat Islam;
c.
menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang
mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d.
menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e.
mengamatkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.
3.2
Isi
a.
Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b.
Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c.
Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara,
mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d.
Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e.
Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'
ATAS
TINGKATAN
2
1.0 Tilawah Al-Quran
1.1
Objektif:
Setelah
mempelajari Tilawah al-Quran Tingkatan 2, pelajar dapat
a.
membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;
b.
menghafaz ayat-ayat yang tertentu daripada Surah Ali Imran mengikut bacaan
tadwir; dan
c.
memahami tafsiran, hikmat, pengajaran dan menghayati ayat-ayat Al-Quran.
1.2
Isi:
a.
Ayat Bacaan: Surah Ali Imran ayat 1 hingga 200
b.
Ayat Hafazan: Surah Ali Imran ayat 8, 18, 26 dan 27
c.
Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran ayat 8, 18, 26, 27, 103, 110, 133 hingga
136 dan 159.
2.0
Ulum Syar'iyah
2.1
Aqidah:
2.1.1
Objektif:
Setelah
mempelajari aqidah Tingkatan 2, pelajar dapat:
a.
bertaabud dan bertaqarrub kepada Allah S.W.T.;
b.
menghayati sifat mahabbah, rahmah, sakinah dan mawaddah dalam kehidupan
bermasyarakat; dan
c.
memanifestasikan rukun iman dalam kehidupan harian.
2.1.2
Isi:
a.
Sifat-sifat Allah S.W.T. Yang Maha Esa, Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha
Bijaksana, Maha Mengetahui, dan Maha Adil.
b.
Dalil naqli dan aqli yang menunjukkan bahawa Allah S.W.T. Maha Esa, Maha
Pengasih, Maha Penyayang, Maha bijaksana, maha Mengetahui dan Maha Adil.
c.
Kesan-kesan keimanan kepada Allah S.W.T. Yang Maha Pengasih, Maha
Penyayang dan Maha Bijaksana dalam realiti kehidupan seperti kasih sayang
kepada ibubapa, homrat kepada jiran, hormat kepada guru, dan lain-lain.
d.
Keimanan kepada malaikat
i)
Hakikat malaikat
ii)
Tugas-tugas malaikat
iii)
Kesan dan implikasi percaya kepada Malaikat
e.
Keimanan kepada kitab-kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
i)
Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dan tujuannya.
ii)
Al-Quran sebagai mukjizat yang dijamin ketulenan isi kandungannya.
iii)
Al-Quran sebagai bacaan dan panduan hidup seharian.
2.2
Ibadat
2.2.1
Objektif:
Setelah
mempelajari Ibadat Tingkakt 2, pelajar dapat:
a.
memahami kewajipan dan kepentingan solat Jumaat, jamak, qasar dan
mengamalkannya dengan sempurna.
b.
memahami kewajipan puasa, serta menghayati bulan Ramadan; dan
c.
memahami kewajipan zakat fitrah.
2.2.2
Isi:
a.
Solat Jumaat:
i)
Konsep Jumaat.
ii)
Syarat wajib, sah serta cara mengamalkannya.
iii)
Rukun Khutbah Jumaat.
iv)
Adab Makmum.
b.
Solat Jamak dan Qasar:
i)
Konsep solat jamak dan qasae.
ii)
Memahami dan menghargai solat jamak dan qasar.
iii)
Hikmat, syarat-syarat dan kaifiatnya.
c.
Puasa:
i)
Konsep puasa.
ii)
Syarat wajib, rukun, perkara yang membatalkan, sunat dan maksuh.
iii)
Orang yang harus berbuka puasa.
iv)
Qada dan fidyah puasa.
v)
Penghayatan bulan Ramadan.
d.
Zakat fitrah:
i)
Konsep zakat fitrah.
ii)
Syarat wajib zakat fitrah.
iii)
Waktu mengeluar zakat fitrah.
iv)
Hikmat zakat fitrah.
2.3
Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam
2.3.1
Objektif
Setelah
mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan 2; pelajar dapat:
a.
memahami faktor kejayaan dakwah Rasulullah S.A.W. di Mekah;
b.
meneladani dan mengambil iktibar peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W. ke
Madinah, dan
c.
mengenali tokoh-tokoh sahabat terkemuka yang memberi sumbangan kepada
kejayaan Islam.
2.3.2
Isi:
a.
Faktor-faktor kejayaan dakwah Islamiah Rasulullah S.A.W. di Mekah.
b.
Hijrah Rasulullah S.A.W. ke Madinah dan pengajaran yang diperolehi.
c.
Semangat perjuangan tokoh:
i)
Sayyidina Omar Al-Khattab r.a.
ii)
Osman bin Affan r.a.
iii)
Ali bin Abi Talib k.w.
iv)
Hamzah bin Abd. Mutalib
3.0
Akhlak Islamiah
3.1
Objektif:
Setelah
mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:
a.
menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan
As-Sunnah;
b.
menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan
syariat Islam;
c.
menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang
mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d.
menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e.
mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.
3.2
Isi:
a.
Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b.
Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c.
Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara,
mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d.
Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e.
Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'
ATAS
TINGKATAN
3
1.0 Tilawah Al-Quran
1.1 Objektif
Setelah
mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan 3; pelajar dapat:
a. membaca
ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;
b.
menghafaz ayat-ayat tertentu, daripada surah Al-A'raaf dan surah Al-Jumu
'ah mengikut bacaan tadwir, dan
c.
memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat di atas dan
menghayatinya.
1.2
Isi
a. Ayat Bacaan:
i) Surah Al-A'raaf,
ayat 1 hingga 87; dan
ii)
Surah Al-Jumu'ah, ayat 1 hingga 11;
b.
Ayat Hafazan:
i) Surah Al-A'raaf,
ayat 23.
ii)
Surah Al-Jumu 'ah, ayat 9, 10 dan 11.
2.0 Ulum Syar'iyah
2.1 Aqidah
2.1.1 Objektif
Setelah
mempelajari aqidah Tingkatan 3, pelajar dapat:
a.
memperkukuhkan keyakinan terhadap Rasul, hari akhirat, qada dan qadar
serta merasai kesannya dalam kehidupan harian;
b.
meneladani Rasulullah S.A.W. sebagai uswah dan qudwah hasanah;
c.
melaksanakan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat;
d.
redha dengan qada dan qadar Allah S.W.T.
2.1.2
Isi
a. Keimanan
terhadap Rasul:
i) Mentaati
rasul bererti mentaati Allah S.W.T.
ii)
Rasul-Rasul yang wajib diketahui dan sejarahnya secara ringkas.
iii)
Sifat-sifat para rasul.
iv)
Kesan-kesan keimanan kepada rasul.
v)
Keimanan terhadap ismaturrasul.
b.
Keimanan terhadap Hari Akhirat:
i) Ajal
manusia, nikmat dan siksa kubur.
ii)
Hari kiamat, dalil, dosa, pahala, mahsyar, hisab mizan, sirat, syurga dan
neraka serta dalil-dalilnya.
iii)
Persediaan menghadapi hari kiamat.
iv)
Kesan keimanan terhadap hari kiamat.
c.
Keimanan kepada qada dan qadar:
i) Qada dan
qadar serta hikmat
ii)
Kefahaman yang betul mengenai konsep ikhtiar, tawakkal dan af'alul ibad
serta hubungannya dengan qada dan qadar.
2.3
Ibadat:
2.3.1 Objektif:
Setelah
mempelajari ibadat Tingkatan 3, pelajar dapat:
a. memahami
cara mengamalkan solat ketika sakit, solat jenazah, solat hjat; dan
b.
memahami kewajipan zakat harta benda.
2.3.2
Isi:
a. Ibadat
i) ibadat
ketika sakit.
ii)
Kewajipan mengerjakan solat ketika sakit dan kaifiatnya.
iii)
Keajipan solalt jenazah dan kaifiatnya.
iv)
Solat hajat.
b.
Zakat
i) Konsep
zakat.
ii)
Jenis harta yang diwajibkan zakat dan kaifiatnya.
iii)
Zakat dan hikmatnya.
iv)
Asnaf zakat.
v)
Institusi pengurusan zakat di Malaysia.
2.4
Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam
2.4.1 Objektif:
Setelah
mempelajari Sirah Nabawiyah dan Tamadun Islam Tingkatan 3; pelajar dapat:
a. memahami
dan mencontohi Rasulullah S.A.W. sebagai pemimpin di Madinah.
b.
memahami strategi perjuangan Rasulullah S.A.W. sehingga membawa kepada
Fathu Makkah.
c.
memahami dan mencontohi keperibadian agung Rasulullah S.A.W. sebagai
pemimpin agung; dan
d.
mengenali tokoh-tokoh sahabat terkemuka yang memberi sumbangan besar
kepada kejayaan Islam.
2.4.2
Isi:
a. Kepimpinan
Rasulullah S.A.W. dalam:
i) Pembinaan
masjid dan pembentukan negara.
ii)
Persaudaraan masyarakat Islam (Muhajirin dan Ansar).
iii)
Pembentukan masyarakat Madinah (piagam Madinah).
iv)
Perjanjian Hudaibiyah.
b.
Pembukaan mekah.
c.
Semangat dan perjuangan tokoh-tokoh Islam.
i) Abu
Hurairah r.a.
ii)
Abd. Rahman bin Auf r.a.
iii)
Aishah binti Abu Bakar r.a.
iv)
Khalid bin Al-Walid r.a.
v)
Fatimah Al-Zahra' r.a.
3.0 Akhlak Islamiah
3.1 Objektif:
Setelah
mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:
a. menyedari
dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah;
b.
menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan
syariat Islam.
c.
menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang
mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d.
menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e.
mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.
3.2
Isi:
a. Asas Akhlak
Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b.
Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c.
Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara,
mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d.
Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e.
Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'.
ATAS
TINGKATAN
4
1.0 Tilawah Al-Quran
1.1 Objektif
Setelah
mempelajari Tilawah Al-Quran Tingkatan 4, pelajar dapat
a. membaca
ayat-ayat Al-Quran dengan tartil;
b.
menghafaz ayat-ayat tertentu daripada surah Al-An'am, surah Al- Mukminun
dan surah Luqman dengan bacaan tadwir; dan
c.
memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat tertentu dan
menghayatinya.
1.2
Isi
a. Ayat Bacaan:
i) Surah Al-An'am,
ayat 1-165;
ii)
Surah Al-Mu'minun, ayat 1 - 35;
iii)
Surah Luqman, ayat 1 - 21.
b.
Ayat Hafazan:
i) Surah Al-An'am,
ayat 162 - 163
ii)
Surah Al-Mu'minun, ayat 1 - 11,
iii)
Surah Luqman, ayat 12 - 19.
c.
Ayat Kefahaman:
i) Surah Al-An'am,
ayat 6, 50, 70, 125 dan 161 hingga 165.
ii)
Surah Al-Mu'minum, ayat 1 - 11,
iii)
Surah Luqman, ayat 12 - 19.
2.0 Ulum Syar'iyah
2.1 Aqidah:
2.1.2 Objektif:
Setelah
mempelajari aqidah Tingkatan 4, pelajar dapat:
a. memahami
perkara-perkara yang membatal dan merosakkan iman;
b.
memelihara diri daripada perkara-perkara yang membatal dan memrosakkan
iman; dan
c.
memahami cara-cara bertaubat dan menghayatinya.
2.2
Isi
a. Perkara
yang membatalkan iman:
i) Syirik.
ii)
Kufur.
iii)
Riddah.
iv)
Khurafat.
v)
Sihir.
vi)
Nifaq.
b.
Dosa-dosa besar yang merosakkan iman:
i) Menghina
dan menderhakai ibu bapa.
ii)
Riba.
iii)
Mencuri.
iv)
Menipu.
v)
Minum arak dan menagih dadah.
vi)
Berzina/ liwat/ musahaqah.
vii)
Membunuh manusia.
viii)
Memakan harta anak yatim.
ix)
Lari dari medan perang.
x)
Menuduh zina.
c.
Taubat dan cara-caranya.
i) Konsep
taubat.
ii)
Dalil.
iii)
Cara-cara bertaubat.
iv)
Hikmat bertaubat.
2.2
Ibadat
2.2.1 Objektif
Setelah
mempelajari ibadat Tingkatan 4, pelajar dapat:
a. memahami
falsafah haji;
b.
memahami konsep ibadat haji dan cara mengerjakannya;
c.
memahami Institusi Haji di Malaysia;
d.
memahami prinsip-prinsip asas muamalat Islam, dan
e.
mengetahui kaifiat sembelihan dan hikmamtnya.
2.2.2
Isi
a. Falsafah
Haji.
b.
Konsep Haji dan cara mengerjakannya.
c.
Institusi pengurusan haji di Malaysia.
d.
Prinsip asas muamalat dan kepentingannya.
e.
Sembelihan, qurban dan aqiqah serta fadilatnya.
2.3
Tamadun Islam
2.3.1 Objektif
Setelah
mempelajari tamadun Islam Tingkatan 4, pelajar dapat
a. memahami
dan mencontohi Khulafa' Al-Rasyidin dalam mengembangkan tamadun Islam; dan
b.
mengenal dan mencontohi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembinaan
tamadun Islam.
2.3.2
Isi
a. Dasar
penyebaran Islam di zaman Khulafa' Al-Rasyidin:
i) Ciri-ciri
kepimpinan Khulafa' Al-Rasyidin.
ii)
Sistem pentadbiran Khulafa' Al-Rasyidin.
b.
Tokoh-tokoh Islam:
i) Imam Abu
Hanifah r.a.
ii)
Imam Malik r.a.
iii)
Imam Syafie r.a.
iv)
Imam Ahmad Ibnu Hambal r.a.
v)
Imam Ghazali r.a.
vi)
Imam Bukhari r.a.
3.0 Akhlak Islamiah
3.1 Objektif:
Setelah
mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:
a. menyedari
dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan
Al-Quran
dan As-Sunnah;
b.
menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan
syariat Islam;
c.
menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang
mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d.
menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e.
mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.
3.2
Isi:
a. Asas Akhlak
Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b.
Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c.
Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara,
mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d.
Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e.
Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'.
ATAS
TINGKATAN
5
1.0
Tilawah Al-Quran
1.1
Objektif
Setelah
mempelajari Tilawah al-Quran Tingkatan 5, pelajar dapat:
a.
membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tartil;
b.
menghafaz ayat-ayat tertentu daripada surah At-Taubah, surah An- Nur dan
surah Al-Hasyr dengan bacaan tadwir; dan
c.
memahami pengertian, hikmat, pengajaran ayat-ayat di atas dan
menghayatinya.
1.2
Isi
a.
Ayat Bacaan:
i)
Surah at-Taubah ayat 1 hingga 129.
ii)
Surah An-Nur, ayat 1 hingga 38.
iii)
Surah As-Sajdah, ayat 1 hingga 30.
iv)
Surah Al-Hasyr, ayat 1 hingga 24.
b.
Ayat Hafazan:
i)
Surah At-Taubah ayat128 hingga 129;
ii)
Surah An-Nur, ayat 35;
iii)
Surah Al-Hasyr, ayat 21 hingga 24.
c.
Ayat Kefahaman:
i)
Surah at-Taubah ayat 6, 128 hingga 129;
ii)
Surah An-Nur, ayat 30, 31 dan 35.
iii)
Surah Al-Hasyr, ayat 21 hingga 24.
iv)
Surah As-Sajdah ayat: 15 hingga 16.
2.0
'Ulum Syar'iyah
2.1
Aqidah
2.1.1
Objektif:
Setelah
mempelajari aqidah Tingkatan 5, pelajar dapat:
a.
memahami dan meyakini aqidah berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan
b.
mengenalpasti kepercayaan yang menyeleweng dan sesat.
2.1.2
Isi:
a.
i) Pengenalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
ii)
Prinsip aqidah berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
b.
Ciri-ciri ajaran sesat dan menyeleweng:
i)
Syiah
ii)
Qadyani
iii)
Bahai
2.2
Ibadat
2.2.1
Objektif:
Setelah
mempelajari ibadat Tingkatan 5, pelajar dapat:
a.
memahami konsep perkahwinan dalam Islam.
b.
mengetahui keunggulan sistem kekeluargaan dalam Islam.
2.2.2
Isi
a.
Konsep perkahwinan.
i)
Perkahwinan dan hikmamtnya;
ii)
Kaifiat perkahwinan mengikut Islam,
iii)
Tanggungjawab suami, isteri, ibu dan bapa.
iv)
Talak, rujuk, iddah, nusyuz, fasakh, khuluk dan zihar.
v)
Poligami.
vi)
Kemahiran keibu bapaan.
b.
Isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan.
i)
HIV dan AIDS.
ii)
Mut'ah (Nafkah)
iii)
Wali hakim.
iv)
Anak luar nikah.
v)
Akta kekeluargaan
vi)
Kahwin mutaah.
vii)
Lain.
2.3
Tamadun Islam
2.3.1
Objektif
Setelah
mempelajari Tamadun Islam Tingkatan 5, pelajar dapat:
a.
memahami perkembangan, kemajuan Islam di zaman Bani Umaiyah dan Bani
Abbassiah, dan
b.
mengenal serta mencontohi tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembinaan
tamadun Islam.
2.3.2
Isi
a.
Perkembangan Islam di zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbassiah.
i)
Penyebaran Islam.
ii)
Ketenteraan.
iii)
Pendidikan.
iv)
Kehakiman.
v)
Perekonomian.
vi)
Perkembangan ilmu pengetahuan.
vii)
Semangat dan jihad.
viii)
Sains dan teknologi
b.
Tokoh-tokoh Islam.
i)
Ibnu Sina.
ii)
Ibnu Khaldun.
iii)
Shah Waliullah.
iv)
Jamaludin Al-Afghani.
v)
Muhammad Abduh.
vi)
Hamka.
vii)
Sheikh Tahir Jalaluddin.
3.0
Akhlak Islamiah
3.1
Objektif:
Setelah
mengikuti Pendidikan Akhlak Islamiah di sekolah menengah pelajar boleh:
a.
menyedari dan memahami asas akhlak Islamiah yang berteraskan Al-Quran dan
As-Sunnah;
b.
menyatakan sebab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan berdasarkan
syariat Islam;
c.
Menyedari dan memahami serta dapat membezakan di antara kelakuan yang
mulia dengan kelakuan buruk yang menjadi amalan masyarakat Malaysia;
d.
menghayati nilai murni dan sifat mahmudah dalam kehidupan harian; dan
e.
mengamalkan akhlak Islamiah dalam kehidupan harian.
3.2
Isi:
a.
Asas Akhlak Islamiah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
b.
Falsafah, makna, hikmah dan fadhilat setiap amalan baik yang dilakukan.
c.
Perbezaan di antara yang baik dengan yang buruk, bahagia dengan sengsara,
mulia dengan hina, benar dengan salah dan terpuji dengan keji.
d.
Penghayatan nilai murni dan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan harian.
e.
Perilaku mulia dan beradab berdasarkan nilai-nilai dalam Lampiran 'A'.
ATAS
LAMPIRAN
"A"
Senarai
Nilai-Nilai Murni/ Sifat-Sifat Mahmudah
1.0
HIKMAH
Berpengetahuan
luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan alam
Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.
1.1
Rasional
Boleh
berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat
pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan
ilmu naqli dan aqli.
1.2
Celik akal
Pintar,
cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan
tepat.
1.3
Maarifah
Pengetahuan
yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan mengamalkan
prinsip dan asas-asas Islam.
1.4
Bercakap benar
Melahirkan
kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan
prinsip-prinsip Islam secara berhikmah untuk faedah semua.
1.5
Menegakkan kebenaran
Yakin
dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran
dengan hikmah.
1.6
Kesyukuran
Perasaan,
ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat
kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya'
serta berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.
1.7
Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan
takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang
melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.
1.8
Kerajinan
Usaha
berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai
kecemerlangan.
1.9
Prihatin
Peka
terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk
dan sedia berusaha menyelesaikannya.
1.10
Berketerampilan
Mempunyai
kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya kebolehan
berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.
2.0
'ADAALAH
Keadaan
di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut
syariah Islamiah.
2.1
Kasih sayang
Perasaan
cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada
hati yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.
2.2
Silaturrahim
Jalinan
persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab,
musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.
2.3
Berterima kasih
Pengiktirafan,
penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan membalas
sesuatu sumbangan dan jasa.
2.4
Baik pertimbangan
Membuat
pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak
menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.
2.5
Toleransi
Sanggup
bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
perselisehan dan pertelingkahan.
2.6
Saling bermaafan
Sanggup
meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.
2.7
Bermarwah
Menghiasi
diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku,
pakaian dan pergaulan.
2.8
Ibadah
Mengabdikan
diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan
menjauhi laranganNya.
2.9
Sensitif kepada kezaliman
Sanggup
tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.
2.10
Kejujuran
Sikap
dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.
2.11
Kerjasama
Usaha
yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga,
komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang
mungkar.
2.12
Semangat bermasyarakat
Kesediaan
melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi
mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat.
2.13
Bermuafakat
Mengutamakan
persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.
3.0
IFFAH
Mengawal
nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya
terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa
tunduk kepada petunjuk akal dan syarak.
3.1
Malu
Perasaan
'aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri
kerana membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.
3.2
Kesopanan
Bersikap
tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam
pergaulan.
3.3
Sabah
Tenang,
tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta
sentiasa berusaha mengatasinya.
3.4
Baik hati
Sentiasa
mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka
secara tulus ikhlas dan ihsan.
3.5
Murah hati
Sedia
memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama
ada dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.
3.6
Kebebasan
Merasa
tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan
peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.
3.7
Qana'ah
Redha
dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa
berusaha, dan tidak mudah berputus asa.
3.8
Berdisplin
Mengenal
diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.
3.9
Daya usaha
Berusaha
untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif,
keriatif dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.
3.10
Sejahtera
Jiwa
yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada
keupayaan mengawal hawa nafsu.
3.11
Wara'
Menjauhkan
diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan
kerja-kerja yang baik.
3.12
Wasatiyah
Sikap
tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan
nilai masyarakat.
3.13
Kebersihan
Menjaga
kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin
kesejahteraan hidup.
a.
Kebersihan diri
Kebersihan
diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin
kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b.
Kebersihan persekitaran
Memelihara
alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c.
Kebersihan mental
Pertuturan
dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam
hubungannya dengan orang lain.
d.
Kebersihan rohani
Pemikiran,
pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang
kepercayaan karut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.
3.14
Menghargai masa
Mengisi
masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu
tugasan.
a.
Menepati waktu
Melakukan
sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b.
Bijak mengurus masa
Tahu
menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya
dengan cepat dan tepat.
3.15
Dedikasi
Berminat
dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara
yang berfaedah.
4.0
SYAJAAH
Sanggup
berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal,
keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta
benda, tenaga dan jiwa.
4.1
Berjiwa besar
Sentiasa
meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi resiko dan
bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.
4.2
Yakin diri
Kemampuan
menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip dan
asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan
dalil naqli dan aqli.
4.3
Hemah tinggi
Sentiasa
bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas
ke arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.
4.4
Tetap pendirian
Meyakini
kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang keputusan
dan tindakan.
4.5
Istiqamah
Tekal,
tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.
4.6
Berani mencuba
Berani
mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif
dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.
4.7
Tahan lasak
Mempunyai
ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil
daripada yang latihan yang intensif dan sistematik.
4.8
Berdikari
Kesanggupan
dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain selaras
dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a.
Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan
sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b.
Yakin kepada diri sendiri
Percaya
kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c.
Nasihat menasihati
Sedia
memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.
4.9
Berani berjihad
Sentiasa
bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga
dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada
ancaman musuh dan godaan syaitan.
ATAS
PENDAHULUAN
/ FALSAFAH / MATLAMAT / OBJEKTIF / STRUKTUR ORGANISASI ISI KANDUNGAN
TINGKATAN
1 / TINGKATAN 2 / TINGKATAN 3 / TINGKATAN 4 / TINGKATAN 5 / NILAI MURNI
