KA@2006
 

 

 

 

webmaster &

instructional designer
Kamaludin Ahmad
IPTI, JB. @ 2007

 

Best View 1024X768

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

UD : 1 Jan 09

 

Kualiti pendidikan bermula dengan kualiti guru. Pengingkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketrampilan dan berakhlak mulia. Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubah suai suapay guru dikemaskinikan dengan ketrampilan baru, pengetahuan baru dan sikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif. Pengubahsuaian kurikulum menuntut para pendidik guru membuat peranjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang cekap teknologi dan yakin menghadapi perubahan menangani cabaran persekitaran sekolah semasa.

 

Kursus Peruguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah akan diperkenalkan mulai Januari 2003 untuk melatih guru siswazah dalam bidang perguruan sekolah rendah. Kurikulum ini digubal berasaskan keperluan mengoptimumkan perkembangan kognitif kanak-kanak, keperluan meningkatkan ilmu pedagogi dan pengalaman berasaskan sekolah rendah serta keperluan memupuk nilai positif dan amalan profesional di kalangan guru. Keperluan-keperluan tersebut diterjemahkan dalam kandungan kurikulum latihan perguruan yang mendefinisikan bagaimana seseorang guru jperlu mereka bentuk jpengajaran yang berkesan, mewujudkan suasana bilik darjah yang selesa, mengwujudkan suasana keseronokan untuk menimba ilmu serta memupuk ciri-ciri guru profesional yang disanjung tinggi joleh masyarakat. Kurikulum ini juga menuntut agar guru-guru yang mengikuti program latihan ini berketerampilan dalam penggunaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

 

Dengan kurikulum ini, kami di Bahagian Pendidikan Guru percaya mutu pendidikan dapat dipertingkatkan bersesuaian dengan keperluan pendidikan masa kini dan akan datang. Harapan kami ialah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang berkualiti supaya segala kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dapat dicurahkan dengan sebaik-baiknya kepada pelanggannya.

 

 

DATO' ABU BAKAR BIN BACIK
Pengarah Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Oktober 2002

 

 

 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara"

 

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik progresif dan berdisiplin.