|
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PPBK) |

DEFINISI PPBK
Penggunaan
komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih
tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui
komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif
tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar
CIRI-CIRI
PPBK
KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN PPBK
|
|
MENGHASILKAN PERISIAN PPBK
VERBAL
LATIH TUBI
|
|
SIMULASI
INKUIRI
TUTORIAL
PENYELESAIAN MASALAH
PERMAINAN
KELEBIHAN PPBK
KELEMAHAN PPBK
PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MELALUI CD
|
PPBK DALAM PENGAJARAN |
![]()
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)
dalam matapelajaran Matematik boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara melalui
· penggunaan
perisian-perisian yang sesuai seperti internet,hamparan elektronik (MS Office)
· aksessori yang
terdapat di dalam komputer seperti kalkulator. Teknik pengajaran boleh
dipelbagaikan melalui tutorial, latih tubi,
simulasi, permainan, penyelesaian masalah dan lain-lain lagi.
Teknik Pengajaran.
1. Tutorial
Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti
dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan konsep-konsep
asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain
lagi. Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan
berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan.
2.
Latih tubi
Kaedah latih tubi merupakan salah satu latihan atau gerak
kerja yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia
dapat memberi gambaran sejauh mana penguasaan
murid terhadap sesuatu kemahiran yang dipelajari.
Di
pasaran terdapat banyak perisian-perisian yang dijual di kedai yang sesuai
mengikut objektif pelajaran terkini. Kaedah ini boleh
dijalankan secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan individu. Ia juga boleh dilakukan di dalam kelas atau dibawa ke rumah
sebagai latihan kerja rumah. Selain itu, murid-murid juga
boleh menggunakan kalkulator yang terdapat pada aksessori bagi menyelesaikan
sesuatu pengiraaan.
3.
Permainan
Pengajaran Matematik boleh juga dilakukan secara kaedah
permainan. Melalui kaedah ini guru dapat menarik
minat murid. Dengan menggunakan kaedah ini melalui komputer,
murid-murid akan merasa lebih seronok dan gembira
kerana dilampirkan dengan pelbagai bentuk grafik yang menarik. Oleh itu
melalui kaedah ini objektif pengajaran dan pembelajaran akan
lebih mudah tercapai.
4. Penyelesaian
Masalah
Penyelesaian masalah merupakan kaedah pengajaran yang sesuai dalam pelajaran
Matematik bagi menguji penguasaan murid-murid
dalam kemahiran yang dipelajari. Melalui kaedah ini
guru boleh menyediakan pakej pembelajaran yang mengandungi data-data yang perlu
diselesaikan oleh murid. Melalui kaedah ini juga
dapat melatih murid-murid membuat analisis masalah. Contohnya
guru menyediakan pemasalahan berbantukan komputer dan murid menyelesaikan
masalah tersebut berbantukan komputer samada secara individu ataupun
berkumpulan.
Contoh-contoh Perisian
PPBK Di Pasaran
i) Fun Math With Arti
Level 1/Level 2
Perisian
ini dapat memperbaiki kemahiran Matematik dengan
cara
menyeronokkan dengan penggunaan elemen bunyi dan grafik yang
berwarna-warni.
ii) Counting With Arti
Perisian
ini mengandungi kemahiran mengira,menulis,
menyesuaikan
dan menyusun nombor. Di samping itu murid-murid
juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor. Di dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran
yang menarik.
iii)
Matematik Metalogix1
Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang
berkesan
di mana ia mengandungi pelajaran Matematik dengan nota
yang sistematik dan komprehensif. Teknologi multimedia
interaktif terkini dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang daya
serap mental murid. Ia juga mengandungi
permainan yang menarik dan menyeronokkan.
iv) Cerdas IQ
Melalui
perisian ini, ia dapat menolong murid-murid mencapai
kecemerlangan dengan menggunakan teknik multimedia. Merupakan
perisian Multimedia Educational Courseware(MEC) yang
canggih mengikut sukatan KBSR Malaysia.
Disediakan
oleh