INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Oleh

LAI KIM LEONG

Jabatan Matematik Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak

ABSTRAK

Kertas ini mencadangkan satu templat dan sumber teknologi yang sesuai untuk penyediaan bahan pengajaran pembelajaran matematik berasaskan web. Sampel bahan pengajaran pembelajaran adalah berasaskan topik Pelan dan Dongakan bagi matematik KBSM Tingkatan 5. Bahan-bahan resos yang disediakan telah mengoptimumkan lima mod penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu mod sokongan, mod tutorial, mod resos, mod perhubungan serta mod penemuan dan kawalan. Pelbagai aktiviti yang dicadangkan adalah berasaskan pendekatan / kaedah pengajaran pembelajaran seperti konstruktivisme, inkuiri penemuan dan kaedah kolaboratif yang memusatkan pelajar dengan guru berperanan sebagai fasilitator. Aktiviti-aktiviti ini dapat memenuhi pelajar yang berbeza dari segi minat, kebolehan, pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran. Teknologi maklumat dan kommunikasi juga diaplikasikan dalam pembentukan penilaian formatif dan sumatif yang interaktif dan pencapaian pelajar disimpan dalam pangkalan data. Data ini dapat diakses oleh guru dengan serta merta untuk membolehkan tindakan susulan yang berikutnya diambil supaya dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran matematik.

PENGENALAN

Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para pendidikan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan. Kadar perubahan ini dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti kos teknologi yang lebih murah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebih mudah digunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan yang berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar.

Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan 'stakeholder' kepada pengajaran dan pendidikan yang berkualiti, serta kekurangan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak para pendidikan melihat semula peranan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah , peranan guru telah berubah dari instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya. Salah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.

Kerja ini membincangkan bagaimana mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan matematik dari perspektif guru dan bukan sebagai pakar TMK. Satu cadangan templat untuk penyediakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pengajaran pembelajaran matematik bagi tajuk Pelan dan Dongakan, Matematik KBSM Tingkatan 5 yang berasaskan web dan CD telah disertakan. Ia bertujuan membolehkan para guru menjadikan cadangan ini sebagai satu asas perbincangan, meneroka dan melakukan percubaan di sekolah serta melakukan kajian berikutnya ke arah pembentukan model yang lebih sesuai dan efektif. Berikut merupakan beberapa jenis TMK , bahan dan aktiviti pengajaran pembelajaran yang difikir sesuai untuk dimasukkan dalam templat perisian multimedia pangajaran dan pembelajaran matematik.

PAKEJ PEMBELAJARAN

Pakej pembelajaran telah memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan yang berasaskan konsep pembelajaran berdikari (independent learning) yang disokong oleh pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri, terarah kendiri, pembelajaran memusatkan pelajar, pembelajaran berasaskan bahan resos, pembelajaran yang lues, pembelajaran terbuka dan pembelajaran berasaskan prinsip kolaboratif. Dari segi perspektif pengajaran dan pembelajaran berasaskan sekolah bestari, pakej pembelajaran memainkan penting untuk membolehkan pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran konsep atau kemahiran sama ada secara kumpulan atau individual. Pakej pembelajaran ini mengandungi cadangan pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar berasaskan strategi pengajaran yang pelbagai dan memusatkan pelajar. Guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan kepada prosedur pelaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Pakej ini menerapkan kemahiran generik, kemahiran berfikir , kemahiran belajar, serta kaedah-kaedah penilaian yang akan digunakan untuk menilai kemajuan pelajar. Ia dimasukkan ke dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang ingin mencuba aktiviti itu di rumah. Pakej lain yang dapat dimasukkan ke dalam laman web adalah seperti panduan pembelajaran (study Guides), manual dan panduan serta panduan kursus .

KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN MELALUI E-MEL

Dalam persekitaran pembelajaran di sekolah, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah digunakan oleh guru untuk membolehkan pelajar mempelari konsep dan kemahiran serta mencapai objektif yang telah digariskan. Kekangan-kekangan seperti kesuntukan masa dan saiz kelas yang besar mungkin menyebabkan guru tidak dapat berinteraksi dengan pelajar di bilik darjah dengan berkesan. Oleh itu, komunikasi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar melalui e-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan untuk menghubungkan komuniti pembelajaran (pelajar dan guru) yang berbeza dari segi geografi ke dalam satu komuniti pembelajaran yang maya (virtual). Komunikasi ini membolehkan mereka saling menukar pendapat, idea serta bekerjasama secara kolaboratif dalam projek, tugasan kumpulan dan penyelesaian masalah.

E-mail merupakan teknologi yang mudah digunakan, efisien dan tidak memerlukan si pengguna mempunyai pengetahuan TMK yang tinggi. Guru harus mengalakkan pelajarnya menggunakan kemudahan ini dengan mendapat dan edarkan alamat e-mail pelajar kepada pelajar yang lain . Pelajar harus dilatih cara menggunakan e-mail dan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi semasa menggunakannya. Guru harus mereka satu sistem fail untuk menguruskan e-mail pelajar dengan menggunakan kod . Ini akan memudahkan guru mencari dan menjawab mesej kemudian secara kelompok berasaskan model 'satu dengan banyak' (public message) untuk menjimatkan masa . Aspek-aspek lain yang perlu diambil kira oleh guru semasa melaksanakan pembelaja ran melalui e-mail adalah seperti :

PENGGUNAAN TMK DALAM PENILAIAN

Penilaian yang dijalankan di sekolah adalah berbentuk penilaian formatif yang menguji kemajuan pelajar atau penilaian sumatif yang menguji pencapaian pelajar. Teknologi dapat digunakan dengan efektif dalam melaksanakan penilaian seperti penilaian 'on-line', penilaian berasaskan portfolio (dalam bentuk bercetak atau elektronik), penilaian berasaskan kerja kursus, tugasan dan ujian bertulis. Penggunaan teknologi dalam penilaian mempunyai beberapa kebaikan seperti:

Kemudahan intranet dapat digunakan untuk melaksanakan penilaian atas talian (on-line) di mana pencapaian pelajar dapat disimpan dalam pangkalan data secara automatik untuk diakses oleh guru pada bila-bila masa. Ia amat berguna bagi situasi pembelajaran di kelas yang melibatkan pembelajaran mengikut kebolehan yang berbeza di mana setiap kumpulan mempelajari hasil pembelajaran yang berbeza mengikut kadar yang berlainan. Dengan hanya mengakses kepada pangkalan data, guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasinya dengan serta merta. Ujian-ujian yang telah disediakan juga boleh dimasukkan kedalam laman web sekolah yang dapat diakses dengan menggunakan 'World Wide Web'. Teknologi juga digunakan sebagai satu alat untuk penilaian seperti pengunaan perisian reka bentuk bantuan computer untuk melukis graf dan rajah, persembahan dengan menggunakan 'PowerPoint', penulisan esei dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan .

PENGGUNAAN VIDEO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan video dalam bentuk digital dapat digunakan sebagai satu medium untuk meningkatkan lagi keluwesan mengakses kepada bahan kursus. Dalam pengajaran pembelajaran yang berasaskan kaedah pembelajaran secara kontekstual (contextual learning), klip video dapat membawa situasi-situasi apklikasi konsep matematik dalam kehidupan harian kepada pelajar untuk melihat bagaimana dan bilakah matematik dapat diaplikasikan ke dalam konteks sebenar. Strategi ini dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta pembelajaran adalah lebih bermakna. Selain daripada itu, klip video juga boleh digunakan untuk menunjukkan tunjukcara yang sukar dan bahaya dilakukan serta prosedur-prosedur penggunaan sesuatu alat atau bahan pengajaran pembelajaran.

Perisian Multimedia yang dihasilkan harus mengoptimumkan lima mod penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (huraian berikut adalah berasaskan topik Pelan dan Dongakan) iaitu

  1. Mod Sokongan
    • Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk :
      • menyediakan laporan-laporan aktiviti untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek
      • penyediaan portfolio dalam bentuk bahan bercetak atau elektronik
      • penyediaan kontrak pembelajaran
    • Persembahan grafik dengan menggunakan 'drawing tools' untuk :
      • melukis pelan dan dongakan dengan menggunakan grid yang telah disediakan(sebagai templat) atau tanpa grid
      • melukis pelan bagi taman kanak-kanak dsb
    • Menggunakan perisian 'Authorware' untuk simulasi aktiviti dan menjalankan aktiviti tutorial
    • Menggunakan perisian seperti 'Java Script' serta 'Authorware' untuk menyediakan penilaian-penilaian formatif di mana pelajar mendapat maklum balas serta merta tentang kemajuannya dan maklumat ini disimpan dalam pangkalan data yang dapat diakses oleh guru -guru. Penilaian ini dapat dijalankan oleh pelajar pada bila-bila masa dan juga di luar bilik darjah
  2. Mod Tutorial
  3. Mod Resos
  4. Mod Perhubungan
  5. Mod Penemuan dan Kawalan

CADANGAN TEMPLAT UNTUK PENYEDIAAN LAMAN WEB PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam penyediaan laman web pengajaran pembelajaran, pelbagai bahan resos, aktiviti pengayaan dan pengukuhan harus disediakan untuk membolehkan pelajar yang pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran untuk mencuba dan seterusnya memperkukuhkan lagi kefahaman konsep yang telah dipelajari. Bahan pengajaran pembelajaran adalah seperti yang berikut :

(a) Aktiviti

Latihan

Projek Mini

Reka Cipta

Cabaran Matematik

Fikirkan

Pertandingan

Tugasan

(b) Sumber

Peta Konsep

Tips Pembelajaran

Analisis Kesilapan

FAQ ( Soalan yang sering ditanya)

Pautan Berkaitan

Sudut Sejarah

Matematik Dalam kehidupan Harian

Klip Video

Ingat Kembali

(c) Komunikasi

Sorotan e-mail pelajar

Mesej dari Guru

Peti Cadangan

(d) Penilaian

Penilaian

Refleksi Kendiri

(e) Peraturan

Peraturan Untuk Menjalankan Aktiviti Kumpulan

Peraturan Menghantar e-mail

Peraturan menggunakan komputer

(f) Panduan Guru

Persediaan Mengajar

Ciri-ciri Perisian

Bahan Bantu Mengajar

Jadual yang berikut menunjukkan ringkasan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pautan yang disediakan dalam perisian multimedia berasaskan web.

Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bahan Sumber
Pemerhatian
  • Tutorial Multimedia untuk pembelajaran konsep dan kemahiran
  • Aktiviti dalam pakej pembelajaran
Metakognitif
  • Fikirkan
  • Cabaran Matematik
  • Analisis Kesilapan
  • Reka Cipta
  • FAQ
  • Latihan Pengukuhan yang diberi selepas aktiviti
Konteks Luar
  • Matematik Dalam Kehidupan Harian
  • Projek Mini
  • Tugasan
  • Pautan Berkaitan
  • Sudut sejarah
Kolaboratif
  • Aktiviti pembelajaran konsep dan kemahiran dalam pakej
  • Projek Mini
  • Tugasan
  • Latihan Kolaboratif
  • Latihan Dalam Kumpulan
  • Reka Cipta
Konstruktivisme
  • Kebanyakkan aktiviti dalam pakej pembelajaran adalah aktiviti yang memerlukan pelajar mengkaji, menyiasat, mengenal pasti hubungan, membanding beza melalui aktiviti
    'hands-on' dan 'minds-on'. Pelajar kemudian akan membina konsep sendiri berasaskan pembelajaran melalui pengalaman yang dilaluinya.
Pembelajaran Mengikut Konteks
  • Matematik dalam kehidupan Harian
  • Projek Mini
  • Reka Cipta
  • Pertandingan

 

Aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk tujuan pembelajaran konsep atau pengukuhan juga menerapkan nilai-nilai murni yang merupakan aspek penting dalam tumpuan KBSM. Selain daripada itu, pengetahuan lain seperti pendidikan alam sekitar dimana pelajar diberi peluang untuk mengaitkan konsep matematik yang telah dipelajari dengan isu-isu alam sekitar seperti isu pemeliharaan dan pencemaran. Bidang kajian masa depan juga diserapkan dalam soalansoalan atau aktiviti untuk mencetuskan pemikiran di kalangan pelajar. Ia juga membolehkan pelajar menggunakan strategi, alat dan teknik khas bagi melengkapkan mereka dengan keupayaan dan wawasan untuk menghadapi masa depan yang pesat berubah dan mencabar. Perisian multimedia ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk pembelajaran individudengan akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri seperti pautan Tutorial, Penilaian, Fikirkan, Cabaran Matematik dan Pautan Berkaitan.

RUJUKAN

David Perkins (1992), Smart School :Better Thinking and Learning for Every Child. New York : The Free Press.

Ministry of Education Malays ia (1997). Smart School Flagship Application : The Malaysian Smart School : A Conceptual Blueprint

Pat Maier, Liz Bamett, Adam Warren, David Brunner (1998). Using Technology in Teaching and Learning . Kogan Page, London.

Monahan, S. (1999). Our Classmate. What We Wondered, What We Hypothesized, And What We Learned. Learning & Leading With Technology. Vol. 26(6), 10-13.