TAHAP KEPERLUAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT)
DI KALANGAN GURU-GURU DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH
DI JAJAHAN
Penyelidik
Wan Mohamad Wan Ibrahim
Hazlina Awang Lah
Zakarna Jusoh
Zari Ibrahim
Abstrak
Kajian ini
merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat persepsi guru terhadap
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran (P & P), keperluan pengetahuan dan kemahiran ICT,
sumber-sumber ICT yang sering digunakan dan halangan-halangan terhadap
keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT dalam P & P. Kajian ini
dilakukan terhadap guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah di beberapa
buah sekolah di jajahan
1.1 Pengenalan
Keupayaan
menggunakan ICT secara berkesan sudah dilihat sebagai agenda penting sebagai
prasyarat kepada pengguna untuk memperolehi dan mengeksploitasikan maklumat
setiap aktiviti manusia di mana sahaja.
Bentuk ICT akan berubah mengikut peredaran masa. Keperluan akan
kebolehan menggunakan ICT tetap kekal sebagai kunci untuk ikut serta secara
mutlak dalam masyarakat bermaklumat.
Kurikulum
sekolah sudah menuntut betapa
pentingnya penguasaan pengetahuan
dan kemahiran literasi ICT, terutama kepada semua pelajar sekolah . Kini
pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum sekolah ,
apalagi di maktab perguruan yang menjadi tempat latihan bakal guru. Guru
pelatih mesti belajar ICT dalam jumlah kredit tertentu dan diambil kira sebagai
penyumbang mata gred pada akhir penilaian kursus mereka. Begitu juga dengan
guru-guru sekolah tidak ketinggalan dalam arus perdana ini . Kursus-kursus ICT
sudah banyak diadakan di Maktab Perguruan sehinggakan semua guru terpaksa
belajar ICT.
Para
guru kini lebih tercabar lagi dengan dasar baru kementerian pendidikan yang
menghendaki guru di Tahun satu sekolah rendah, tingkatan satu, dan tingkatan
enam mulai awal tahun 2003 mesti mengajar subjek sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris . Mereka dibekalkan dengan alat sokongan pembelajaran seperti
unit komputer, bahan perisian lain seperti CD pembelajaran dan sebagainya.
Bayangkan bagaimana kalau guru tidak menguasai kemahiran ICT dan pengetahuan
berkaitan . Akan sesialah kerajaan mengeluarkan belanja yang tidak terhad untuk
kemudahan itu jika guru langsung masih segan dengan komputer. Bagaimana pula
dengan makmal komputer yang disediakan di kebanyakan sekolah sekarang?
1.2
Pernyataan Masalah
Di
Malaysia konsep universiti maya telah lama dibahaskan.Malah kini sudah lahir
universiti terbuka yang menawarkan kursus atau program ijazah melalui
kemudahan Internet. Program ini
akan gagal sekiranya masyarakat masih ketinggalan dengan pengetahuan dan
kemahiran ICT . Sekolah bestari dengan segala kemudahan ICT sebagai titik
permulaan ke arah itu.
Kejayaan
penyepaduan ICT dalam kurikulum bergantung kuat di bahu para guru bagaimana
mereka manfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk mengakses pelbagai maklumat
yang kaya di sekeliling mereka, baik untuk diri mereka sendiri atau kepada
pelajar mereka . Semua usaha ini adalah untuk menyokong ke arah pembelajaran
berkesan. Jika guru pandai menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan
kerja mereka, tentu sekali ini akan memberi pengalaman pembelajaran baru dan
mengubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sudahkah guru
bersedia dengan cabaran ini?
1.3
Tujuan Kajian
Kajian ini dilakukan dengan
tujuan berikut :
1.3.1
Mengenal
pasti persepsi guru terhadap ICT berhubung dengan profesion mereka
1.3.2
Melihat
tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru
1.3.3
Melihat
apakah sumber ICT yang selalu digunakan oleh para guru
1.3.4
Melihat
halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT dalam
pengajaran guru.
1.4
Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk
menjawab persoalan kajian berikut :
1.4.1
Apakah
persepsi guru terhadap ICT berhubung dengan profesion mereka
1.4.2
Apakah
tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru
1.4.3
Apakah
sumber ICT yang selalu digunakan oleh para guru
1.4.4
Apakah
halangan-halangan terhadap keperluan dan kemahiran serta penggunaan ICT dalam
pengajaran guru
1.5
Signifikan Kajian
1.5.1
Memberi
gambaran sepenuhnya tentang tahap persepsi guru terhadap ICT berhubung dengan
profesion mereka
1.5.2
Membantu
pihak pentadbir ( penggubal kurikulum ) dalam merangka kurikulum yang sesuai
berhubung ICT untuk bakal guru dan guru dalam perkhidmatan
1.5.3
Dapatan
kajian ini dapat membantu pihak pusat sumber sekolah, Pusat Kegiatan Guru dan
Pusat Sumber Pendidikan Negeri merancang kursus yang sesuai dengan keperluan
guru bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan guru
1.5.4
Membantu
pihak tertentu menyediakan jenis-jenis sumber ICT yang diperlukan oleh para
guru
1.6
Batasan Kajian
Kajian
ini dihadkan kepada guru sekolah rendah dan menengah di jajahan Kota Bharu
sahaja. Jumlah sampel kajian ialah sebanyak 142 orang (10 buah sekolah rendah
dan 10 buah sekolah menengah).
Kajian
ini tidak boleh digeneralisasikan untuk semua keadaan. Dapatan kajian ini hanya
relevan pada aspek tempat dan kumpulan yang dikaji sahaja.
1.7
Definisi Operasi
1.7.1
ICT
untuk kajian ini dimaksudkan sebarang sumber berasaskan komputer, sama ada melalui rangkaian atau tidak,
termasuk perkakasan dan perisian yang boleh diperolehi sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran. Sumber-sumber ICT yang terlibat dalam kajian ini adalah
seperti berikut:
|
·
Internet ·
E-mail ·
Network ·
Video
Conference ·
Fax ·
Word
Processing ·
Database
Spreadsheet |
·
Desktop
Publishing ·
Digital
Scanner ·
Digital
Camera ·
Educational
Software ·
CD-ROM
Information Source ·
On-line
Information Source |
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi suatu keperluan di dalam hidup pada
abad ini. ICT ini adalah satu teknologi yang digunakan untuk memproses,
menyimpan, dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik. Perkembangan
teknologi maklumat telah memberi impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah
pengajaran membaca dan menulis. Perubahan ini disebabkan oleh peralihan
mendadak dari literasi tradisional berasaskan teks bercetak kepada kemunculan
teks secara elektronik. Pendedahan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan
guru amatlah perlu dalam melahirkan masyarakat bermaklumat.
Seperti
yang kita tahu, ICT merupakan wadah baru masyarakat hari ini. Semua insan alaf
baru terpaksa kenal dan tahu memanfaatkannya. Apatah lagi sebagai guru, perlu memainkan
peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan
berfikiran secara global. Justeru itu sebagai guru perlu melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi
ini. Menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai
kelebihan bakat serta kemahiran (Giesert & Futrell, 1990).
Menurut
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Abdul Aziz Shamsudin, ICT amat penting dalam
asas pendidikan seumur hidup serta memperkembangkan potensi pelajar selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
Semua
sekolah-sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan kemudahan asas prasarana
telekomunikasi menjelang 2005 bagi membolehkan pelajar dan penduduk pedalaman
turut mendapat kemudahan akses maklumat.
Menteri
Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie berkata, pembangunan
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pedalaman agak ketinggalan
masa kini berbanding di bandar. Penguasaan kemahiran ICT di kalangan guru
amatlah diperlukan pada era ini untuk menjayakan lagi prasrana ini. Seseorang guru itu perlu mempunyai
pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam pengendalian perisian
dan perkakasan komputer untuk menghasilkan proses P & P yang berkesan
(Hillary Mc Lellan, 1991).
Banyak
persoalan timbul ekoran pelaksanaan konsep pendidikan bestari yang dirintis di
89 buah sekolah. Antaranya ialah adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) manual lebih pantas berbanding menggunakan komputer yang lengkap
dengan modul-modulnya? Bagi menjawab soalan itu, Utusan
Beliau
yang juga guru Matematik menolak tanggapan bahawa kaedah P&P manual lebih
pantas berbanding bestari. Menurutnya, Projek Perintis Sekolah Bestari adalah
lebih pantas berbanding dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran (P&P) manual
kerana melalui projek ini, pelajar dan guru itu sendiri boleh mendapatkan
maklumat mengenai mata pelajaran tanpa hanya merujuk kepada buku-buku teks.
Justeru
itu, minat dan keyakinan yang penuh amatlah penting dalam menguasai teknologi
komputer. Sikap yang kurang yakin terhadap diri sendiri di kalangan guru adalah
salah satu faktor penyebab
kegagalan guru dalam melaksanakan kaedah PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer) (Bliss, 1986).
Keyakinan
dan keselesaan dalam menggunakan komputer perlu dititikberatkan. Guru yang
bersikap negatif atau tidak berkesan dalam penggunaan komputer akan mendorong
kepada penolakan inovasi komputer (Somekh, 1989). Menurut Gan (1991),
penggunaan komputer akan dipraktik oleh guru sekiranya guru berasa selesa dan
yakin dengan komputer. Oleh yang demikian, sikap dan sokongan padu di kalangan
guru amat penting dalam menentukan kejayaan program teknologi pendidikan
(Woodrow, 1992).
Adalah
jelas bahawa kebolehan menggunakan ICT secara efektif adalah lebih dari hanya
mengetahui menggunakan papan kekunci serta tetikus sahaja. Kefahaman tentang
nilai, kesesuaian serta impak dari maklumat sebagai sumber pengetahuan adalah
suatu kepastian ( Carta & Monaco , 1987) Oleh itu, kajian ini ditumpukan kepada keperluan guru-guru terhadap ICT dalam konteks
yang lebih luas tentang literasi maklumat(iaitu kebolehan untuk mencari,
mengenalpasti dan menilai secara kritikal kandungan dan kualiti
maklumat;memilih, suaikan, gunakan maklumat bagi memenuhi keperluan
pembelajaran serta mengadakan refleksi terhadap proses ini.

Rajah 1 : Kitaran Maklumat
Rajah
kitaran maklumat di atas adalah model yang diperolehi Dr. Williams, 1986,
merupakan suatu kitaran dalam semua pengurusan maklumat dan ianya penting bagi
untuk memahami bagaimana ICT dapat membantu mencapai objektif pengajarannya.
3.1
Metodologi Kajian
Fokus kajian adalah terhadap keperluan
pengetahuan dan kemahiran ICT guru yang dikaji berdasarkan
3.1.1
kecekapan
teknikal – kebolehan dan kecekapan praktikal dalam menggunakan perkakasan
dan perisian
3.1.2
kebolehan
dan kecekapan aplikasi dalam menggunakan ICT bagi tujuan khas/tertentu ( termasuk
pengumpulan maklumat individu dan professional)
3.1.3
kemampuan
untuk mengintegrasi kefahaman pedagogi dalam penggunaan ICT sebagai sumber
pengajaran dalam bilik darjah, kemampuan untuk menggalakkan perkembangan
kemahiran IT pelaksanaan dalam matapelajaran yang diajar serta kemampuan untuk
memilih ICT yang sesuai dalam pengajaran harian.
3.2 Sampel Kajian
Melibatkan
seramai 142 orang guru bagi 10 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah
dalam Jajahan Kota Bharu. Soal selidik dibina untuk mendapatkan maklumat asas
bagaimana tahap kecekapan ICT digunakan secara peribadi dan professional,
pandangan tentang keperluan dan keutamaan bagi perkembangan masa depan yang
akan membantu mereka agar lebih cekap dalam penggunaan ICT.
Kajian
ini dijalankan pada bulan Oktober/November 2002, selepas peperiksaan UPSR bagi
sekolah rendah serta persiapan SPM bagi sekolah menengah.
Jadual
1 : Taburan Kekerapan dan Peratus Guru
Sekolah Rendah
dan
Guru Sekolah Menengah
|
Sekolah |
N |
% |
|
Menengah |
96 |
67.6 |
|
Rendah |
46 |
32.4 |
|
Jumlah |
142 |
100.0 |
Jadual 2
: Taburan Kekerapan dan Peratus
Guru Siswazah
dan Bukan
Siswazah
|
Kategori |
N |
% |
|
Siswazah |
82 |
57.7 |
|
Bukan Siswazah |
60 |
42.3 |
|
Jumlah |
142 |
100.0 |
4.1 Dapatan Kajian dan Perbincangan
Data yang
diperolehi telah direkodkan dan
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ( Statistical Package for
the Sosial Sciences ), iaitu dengan menganalisis kekerapan dan peratus bagi
soal selidik yang dikemukakan kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah
sekitar PPD Kota Bharu bagi menjawab kesemua soalan kajian yang dirancangkan.
4.1.1.1 Analisis kekerapan dan peratus
bagi mengenalpasti persepsi guru terhadap ICT berhubung dengan profesion mereka
adalah seperti berikut :
|
Soalan
Soal Selidik |
Setuju |
Tak pasti |
Tak setuju |
Tak
menjawab |
||||
|
n |
% |
n |
% |
n |
% |
n |
% |
|
|
ICT membantu seseorang
mendapat / menguasai pengetahuan secara efektif |
124 |
87.3 |
11 |
7.7 |
3 |
2.1 |
4 |
2.8 |
|
Fikir ICT membantu |
113 |
79.6 |
17 |
12.0 |
5 |
3.5 |
7 |
4.9 |
|
Sekolah saya mempunyai tanggapan
yang positif untuk menggunakan ICT |
116 |
81.7 |
14 |
9.9 |
8 |
5.6 |
4 |
2.8 |
|
ICT menggalakkan pelajar
untuk belajar |
114 |
80.3 |
21 |
14.8 |
3 |
2.1 |
4 |
2.8 |
|
Saya berminat belajar
menggunakan ICT |
127 |
89.4 |
1 |
0.7 |
0 |
0.0 |
14 |
9.9 |
|
Saya dapati kursus ICT
sangat berguna |
119 |
83.8 |
3 |
2.1 |
1 |
0.7 |
19 |
13.4 |
Majoriti
responden setuju bahawa ICT boleh membantu mereka dalam mencari maklumat bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dari data-data yang diperolehi
di atas, dapat dilihat bahawa :
4.1.1.2
Analisis kekerapan dan peratus bagi melihat keperluan pengetahuan dan
kemahiran ICT dikalangan guru adalah seperti berikut :
|
Tahap
pengetahuan dan kemahiran ICT guru |
Bilik
Darjah |
Urusan Pribadi |
||
|
n |
% |
n |
% |
|
|
Sangat cekap |
4 |
2.8 |
10 |
7.0 |
|
Cekap |
27 |
19.0 |
45 |
31.7 |
|
Tidak cekap |
43 |
30.3 |
55 |
38.7 |
|
Tidak tahu |
7 |
4.9 |
1 |
0.7 |
|
Tidak menjawap |
61 |
43.0 |
31 |
21.8 |
21.8
% responden menggolongkan mereka dalam golongan yang cekap dan sangat cekap
dalam pengetahuan dan kemahiran menggunakan ICT dalam bilik darjah. Sedangkan
suatu peratus yang besar, 78.2 % lagi guru-guru yang masih belum cekap untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menggunakan ICT.
38.7
% mendapati diri mereka sangat cekap dan cekap dalam pengetahuan dan kemahiran
ICT dalam aktiviti harian individu.
Oleh
yang demikian, terdapat 16.9 % daripada guru-guru ini memiliki kecekapan dalam
pengetahuan dan kemahiran ICT tapi tidak berpeluang melaksanakan kecekapan ini
dalam bilik darjah.
4.1.1.3 Analisis kekerapan dan peratus
bagi melihat apakah sumber ICT yang selalu digunakan oleh guru sekolah rendah
dan menengah adalah seperti berikut :
|
Sumber ICT |
Harian |
Mingguan |
Bulanan |
Tak Pernah |
Tak Jawab |
|||||
|
n |
% |
n |
% |
n |
% |
n |
% |
n |
% |
|
|
Internet |
2 |
1.4 |
3 |
2.1 |
9 |
6.3 |
87 |
61.3 |
41 |
28.9 |
|
E-Mail |
0 |
0.0 |
0 |
0.0 |
6 |
4.2 |
92 |
64.8 |
44 |
31.0 |
|
Network |
3 |
2.1 |
1 |
0.7 |
4 |
2.8 |
88 |
62.0 |
46 |
32.4 |
|
Video Conference |
0 |
0.0 |
0 |
0.0 |
1 |
0.7 |
95 |
66.9 |
46 |
32.4 |
|
Fax |
0 |
0.0 |
0 |
0.0 |
0 |
0.0 |
97 |
68.3 |
45 |
31.7 |
|
Word Processing |
14 |
9.8 |
13 |
9.2 |
10 |
7.0 |
69 |
48.6 |
36 |
25.4 |
|
Database Spreadsheet |
6 |
4.2 |
3 |
2.1 |
9 |
6.3 |
84 |
59.2 |
40 |
28.2 |
|
Desktop Publishing |
7 |
4.9 |
2 |
1.4 |
4 |
2.8 |
86 |
60.6 |
43 |
30.3 |
|
Digital Scanner |
5 |
3.5 |
7 |
4.9 |
5 |
3.5 |
87 |
61.3 |
38 |
26.6 |
|
Digital Camera |
1 |
0.7 |
1 |
0.7 |
0 |
0.0 |
96 |
67.6 |
44 |
31.0 |
|
Educational Software |
4 |
2.8 |
6 |
4.2 |
10 |
7.0 |
79 |
55.6 |
43 |
30.3 |
|
CD-ROM Information Source |
3 |
2.1 |
2 |
1.4 |
5 |
3.5 |
82 |
57.7 |
50 |
35.2 |
|
On-line Information Source |
3 |
2.1 |
2 |
1.4 |
6 |
4.2 |
83 |
58.5 |
48 |
33.8 |
Dari
jadual diatas dapat dilihat bahawa sumber ICT yang paling sering digunakan oleh
guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah seperti berikut :
·
Yang
paling gemar digunakan adalah Word Processing. Penggunaan harian 9.8 %, guna seminggu
sekali 9.2 %, guna sebulan sekali 7.0 % dan yang tidak pernah menggunakannya
adalah 48.6 %.
·
Educational
software
·
Database
Spreadsheet
·
Digital
Scanner
·
Desktop
Publishing
Kecuali
Word Processing, semua sumber-sumber ICT yang lain disenaraikan sebagai
“Tak pernah” guna oleh guru-guru ( semuanya melebihi 55.0 % ).
4.1.4
Analisis
kekerapan dan peratus bagi melihat halangan-halangan terhadap keperluan
dan kemahiran serta penggunaan
ICT dalam pengajaran dalam bilik darjah.
|
Sumber /
Penggunaan ICT dalam Bilik Darjah |
Tak sesuai |
Tak boleh |
Tak biasa |
Tak tahu |
Harga
mahal |
Tiada masa |
||||||
|
n |
% |
n |
% |
n |
% |
n |
% |
n |
% |
n |
% |
|
|
Internet |
27 |
19.0 |
21 |
14.8 |
22 |
15.5 |
24 |
16.9 |
3 |
2.1 |
11 |
7.7 |
|
E-mail |
27 |
19.0 |
14 |
9.9 |
24 |
16.9 |
27 |
19.0 |
2 |
1.4 |
10 |
7.0 |
|
Network |
16 |
11.3 |
16 |
11.3 |
23 |
16.2 |
45 |
31.7 |
2 |
1.4 |
6 |
4.2 |
|
Video Conferencing |
17 |
12.0 |
18 |
12.7 |
22 |
15.5 |
45 |
31.7 |
7 |
4.9 |
7 |
4.9 |
|
Fax |
31 |
21.8 |
13 |
9.2 |
17 |
12.0 |
37 |
26.1 |
3 |
2.1 |
2 |
1.4 |
|
Word Processing |
3 |
2.1 |
18 |
12.7 |
13 |
9.2 |
29 |
20.4 |
1 |
0.7 |
18 |
12.7 |
|
Database Spreadsheet |
7 |
4.9 |
12 |
8.5 |
23 |
16.2 |
44 |
31.0 |
0 |
0.0 |
10 |
7.0 |
|
Desktop Publishing |
13 |
9.2 |
10 |
7.0 |
29 |
20.4 |
43 |
30.3 |
1 |
0.7 |
7 |
4.9 |
|
Digital Scanner |
12 |
8.5 |
10 |
7.0 |
21 |
14.8 |
42 |
29.6 |
10 |
7.0 |
6 |
4.2 |
|
Digital Camera |
16 |
11.3 |
9 |
6.3 |
19 |
13.4 |
51 |
35.9 |
13 |
9.2 |
5 |
3.5 |
|
Educational Software |
4 |
2.8 |
22 |
15.5 |
24 |
16.9 |
31 |
21.8 |
7 |
4.9 |
16 |
11.3 |
|
CD-ROM Information Source |
8 |
5.6 |
16 |
11.3 |
21 |
14.8 |
39 |
27.5 |
9 |
6.3 |
11 |
7.7 |
|
On-Line Information Source |
10 |
7.0 |
20 |
14.1 |
30 |
21.1 |
34 |
23.9 |
3 |
2.1 |
7 |
4.9 |
* Data diatas tidak
mengambilkira respon yang tidak menjawab.
Dari data yang diproses di
atas, lebih dari 30.0 % guru-guru tidak dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah dengan menggunakan ICT kerana mereka tidak mempunyai
pengetahuan dan kemahiran. Berdasarkan peratusan “Tak tahu” dapat
dirumuskan bahawa aspek / bidang kemahiran yang perlu diberi tumpuan adalah
seperti berikut :
|
Keutamaan
Bidang |
Bidang ICT |
Peratus
Yang Tidak Menguasai |
|
1 |
Digital Camera |
35.9 |
|
2 |
Networking |
31.7 |
|
3 |
Video Conferencing |
31.7 |
|
4 |
Database Spreadsheet |
30.3 |
|
5 |
Digital Scanner |
29.9 |
Data
juga menunjukkan hanya 20.0 % guru-guru yang “Tak sesuai” dan
“Tak biasa” menggunakan ICT dalam bilik darjah. Sedangkan guru-guru
yang “Tak boleh” guna ICT (mungkin kerana kekangan kemudahan infrastruktur
sekolah atau alatan ) terdapat antara 9 hingga 15 peratus sahaja. Namun
demikian guru-guru yang “Tiada masa” adalah dibawah 16.0 %.
Sebagai
rumusan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa :
4.2.1
Lebih
dari 80.0 % guru-guru sekolah yang terlibat dalam kajian ini mempunyai persepsi
yang positif terhadap penggunaan ICT dalam profesion mereka.
·
89.4
% guru-guru berminat untuk belajar ICT
·
87.3
% guru-guru mengaku bahawa ICT membantu mereka mendapatkan maklumat dan
menguasai pengetahuan secara efektif.
4.2.2
Hampir
tiga perempat ( 78.2 % ) dari guru-guru dalam kajian ini mengaku bahawa mereka
masih belum cekap / tak tahu untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah dengan menggunakan sumber ICT.
4.2.3
Walaubagaimanapun,
terdapat 38.7 % guru-guru dalam kajian ini mengaku bahawa mereka tergolong
dalam golongan yang “sangat cekap” dan “cekap” dalam
pengetahuan dan kemahiran ICT secara pribadi. Oleh yang demikian, terdapat 16.9
% guru-guru dalam kajian ini yang memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT tapi
tidak berpeluang mempraktikkan kecekapan mereka dalam bilik darjah. Mungkin
kekangan disebabkan oleh kekurangan infrastruktur sekolah atau kekurangan alat
/ sumber ICT. Ini memerlukan kajian lanjutan untuk mengetahui jawapannya.
4.2.4
Kajian
juga telah menunjukkan bahawa Pemprosesan Perkataan (Word Processing) merupakan
sumber ICT yang paling popular digunakan di sekolah rendah dan menengah. Namun
demikian masih terdapat 48.6 % dari guru-guru kajian ini menyatakan mereka
“Tidak pernah” menggunakannya. Demikian juga halnya dengan
sumber-sumber ICT yang lain, lebih dari 55.0 % dari responden menyatakan mereka
“Tidak pernah” menggunakan sumber-sumber ICT yang lain ( yang
disenaraikan dalam kajian ini ).
4.2.5
Kajian
juga menunjukkan bahawa sumber ICT yang diperlukan bagi mengatasi halangan dan
menambah lagi keyakinan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah
adalah seperti berikut :
·
Digital
Camera
·
Networking
·
Video
Conferencing
·
Database
Spreadsheet dan
·
Digital
Scanner
4.3
Cadangan dan Implikasi Kajian
Sebagai
rumusannya, berdasarkan dapatan kajian ini, adalah dicadangkan bahawa beberapa
langkah perlu diambil oleh pihak pengurusan pendidikan bagi meningkatkan lagi
pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam penggunaan sumber ICT dalam bilik
darjah. Demikian juga perlunya dipertingkatkan kelengkapan sekolah dengan
sumber-sumber yang ICT bagi memberi peluang kepada guru-guru yang memiliki
kecekapan melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan.
5. Penutup
Kajian
ini telah menjawab empat persoalan yang dikemukakan. Kajian lanjutan sangatlah
diperlukan terutama untuk melihat korelasi penggunaan ICT dalam bilik darjah di
kalangan guru-guru siswazah dan bukan siswazah di sekolah rendah dan sekolah
menengah.
6.
Bibliografi
Dr. Dorothy Williams, Kay Wilson, Ananda Richardson,
Dr. Jeniffer Tuson, Louisa Coles; 1998. Teacher’s
ICT Skills and Knowledge Needs: Final Report to SOEID.
Carter, C. and
Barford, J et al., 1995. Information Management and Broadcast Resources: Implications for the
school librarian. Journal of Information and Library Science, 27(4).
VTC- Virtual Teacher Centre (Reception).
http://www.scotland.gov.uk/library/ict/append-move3.htm
Open University, 1998. Home Page.